Nuffnang

Tuesday, March 25, 2025

Malasnya...

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Apa yang malas itu? Malas nak balik kampung Jumaat ini. Malas nak kemas beg bawa barang. Rasa seronok dalam bulan Ramadan ini, berseorangan, puasa, buka puasa makan sedikit sahaja sudah kenyang, lepas itu mengantuk datang pukul 9 malam lebih. Lepas itu Zzzzz...dengan lena. Pukul 3 pagi terjaga. Rasa puas tidur. Btw, saya tinggal seorang di rumah sejak 2 minggu lepas.

Kembali pada rutin makan macam biasa selepas habis Ramadan yang rasa tidak sanggup. 

Oklah korang bukan niat untuk bunuh semangat raya korang dan semangat balik kampung tapi terus-terang saya suka bulan Ramadan. Sebelum masuk bulan Ramadan memang rasa cemas sebab mampu ke hadapi tapi apabila masuk rasa macam takmo keluar.

Jumpa lagi. Selamat mengejar lailatulqadar.


8 comments:

mama sara nur @ Cik Nor said...

Ayattt sama la kita he hee adoiii kan malasnya 🤭malas
Serba serbi
Memang lepas isyakk je kena lena duluu kaluu tak tak jalan kerja

Ujie Othman said...

Saya pun sebenarnya taklah bersemangat nak balik kampung atas faktor tak suka tempuh sesak jalan raya masa raya. Lagi pulak perjalanan kami jauh dari hujung utara ke hujung selatan. Tapi sebab setahun sekali, hadap jelah.

Saya masih ada misi Ramadan yang belum terlaksana. Itu yang rasa sedih Ramadan bakal berlalu.

adnil linda said...

linda pula, seronok nak balik kampung...tapi, malas nak mengemas...hihihi

norhidana said...

Takpe kak kemas apa yang patut je...

Lydia Miza said...

eh sama la kita. ye malas nak berkemas. angkut beg susun barang. lagi pula kami balik dua tempat. penat sangat. mujur raya setahun sekali

Puan Hazel said...

Malas juga nak mengemas huhu...
Betul, sayang nak tinggalkan Ramadhan :(

LadyBird said...

sedih sebenarnya bila ramadhan dah hampir meninggalkan kita.. :( :( :(

Tot said...

Sama kita. Saya pun malas nak balik kampung suami, jauh tu. Huu.. mesti jalan jammed.
Best betul, duduk seorang di rumah. Rasa bebas dan boleh buat apa kita suka. Jelesnya! :D
Hujung-hujung ni, baru saya ada rasa sedih sebab ramadan dah nak berakhir. Sayu rasa di hati.