بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...
8 Ogos lepas iaitu hari Sabtu pagi Emak pelik tengok saya makan nasi awal pagi (pukul 8). Mak kata nanti ada kenduri kahwin. Saya cakap Emak tidak bagitahupun. Saya cakap tidak mengapa, saya akan makan sedikit di majlis nanti.
Rupanya anak lelaki Makcik Sam kahwin. Kiranya Makcik Sam dengan Emak ialah 2 pupu. Arwah Atuk saya dengan Tok Khamis ini sepupu. Kiranya yang kahwin ini pangkat 3 pupu dengan saya. Berpupu-pupu.
Biasalah kitorang akan datang awal majlis supaya tidak bersesak. Takdir Allah kami sesat dan sampai pukul 12 tengahari lebih. Punyalah dalam mental saya (mungkin Abah dan Emak saya) sebab majlis ini di Limbongan dan dekat dengan kawasan perumahan lama saya pernah tinggal (Tengkera) maka yakin tidak ambil masa untuk cari.
Ya kami sesat walaupun guna Waze. Abah terpaksa turun tanya pada orang satu kedai kuih keria Melaka di mana Taman Limbongan Permai. Sekali dekat betul dengan kawasan perumahan saya pernah tinggal. Maksud saya, saya boleh jalan kaki daripada perumahan saya ke Taman Limbongan Permai. Punyalah saya ingat taman ini dekat-dekat kawasan kuih keria Melaka yang popular itu.
Apapun Taman Limbongan Permai ini taman baru.
![]() |
| Nampak Khemah Merah Putih |
Semakin menghampiri kami nampak gendang Cina dan 2 ekor naga. Wah nampaknya akan ada tarian naga. Tidak jauh itu nampak kumpulan kompang juga.
Jumpa dan salam Makcik Sam. Lepas itu masuk rumah sekejap jumpa Tok Khamis yang duduk di kerusi. Cuaca agak panas jadi Tok Khamis duduk di ruang tamu. Ketika ini nampak pengantin lelaki tengah bergambar.
Ok lepas itu baru ambil makanan. Syukurlah masa ini tidak ramai sangat jadi ada tempat duduk kosong.
Makanan macam biasa nasi minyak, ayam masak merah, daging masak hitam dan paceri terung. Air mestilah teh tarik.
Memandangkan saya ambil sedikit nasi maka cepat habis. Lepas itu nampak khemah takoyaki sebelum masuk khemah tempat duduk, saya pergi. Beratur juga tunggu takoyaki masak. Lama lepak, sampai nampak pengantin keluar. Kemudian bunyi kompang berbunyi. Lepas kompang berhenti. Gendang Cina pula dipalu dan bermulalah tarian naga.
Memandangkan khemah takoyaki berdepan khemah trmpat duduk makan memang nampak jelas.
Sementara menunggu takoyaki masak, kita ambil gambar orang yang buat takoyaki. Mula-mula buat dalam bekas bulat dan kemudian digoreng dalam minyak panas yang banyak.
Alhamdulillah dapat sebekas ada 3 ketul takoyaki yang mewah dengan sos dan empingan bonito.
Saya pergi ke tempat duduk tengok Emak dan Abah sudah selesai makan. Tempat duduk saya ada budak lelaki duduk. Saya cakap pada Emak tidak mengapa, makan takoyaki ini rumah. Jadi Emak dan Abah bangun. Kami cari tuan rumah di khemah cenderamata untuk bersalam.
Kami sampai rumah waktu azan Zohor sudah berkumandang.











No comments:
Post a Comment