Nuffnang

Wednesday, March 9, 2011

Cili Api Oh Cili Api



Assalamualaikum....

Selamat petang. Beberapa hari sebelum ini, ketika masak mihun/kuew tiaw main letak bahan, saya perasan ada kekurangan rasa. Maknanya kurang mengancam untuk saya habiskan. Bila diamati, rupanya tiada rasa pedas 'meletup'. Perasanlah saya di peti sejuk tiada pun cili api dan agak lama saya tidak letak cili api dalam mihun/kuew tiaw mengarut sayakerana selalunya abah bawa balik cili api dari kebun tapi kali ini tiada. Jadi saya membuat nota mental (mental note) sejak beberapa hari lalu untuk beli kerana saya ingin berselera makan.

Untuk makluman, abah saya tidak makan makanan yang pedas terutama yang ada letak cili api. Jadi mak saya kenalah masak yang tiada cili api dalam masak lemak. Saya dan adik-adik (terutama saya) yang rasa terseksa selera kerana selalu merasakan makanan tidak mengancam. Jadi sebab itu saya kena masak sendiri makanan yang mengikut selera saya pada tengah-tengah malam kerana lapar. Yelah kalau masakan lemak yang sepatutnya ada cili api tapi mak ganti guna cili biasa memang tak berapa lalu makan. Saya makan untuk alas perut tapi masalahnya tengah-tengah malam saya lapar balik.

Hari ini emak masak lemak ikan bawal bersama pisang muda. Sedap kalaulah masak lemak itu masak lemak cili api tapi panggillah aje masak lemak biasa. Memandangkan saya nak makan banyak hari ini, maka hari ini saya telah rajin ke kedai runcit untuk beli cili api banyak-banyak.  Dah nekad mesti beli cili api sebab saya rasa tak puas makan. 

Maka berjalanlah saya menuju ke arah barisan kedai. Dari jauh nampak kedai yang saya nak pergi tutup. Aik tutup pula hari ini. Jadi saya pergi ke kedai lain. Kedai ni saya tak pernah nampak pun barang basah, waswas gak ada ke tidak. Saya mencari-cari di setiap rak tapi tiada. Mula rasa nak balik tapi tanya juga pembantu kedai tu. Sekali rupanya bahan-bahan basah disimpan dalam peti sejuk. Patut tak nampak. Tapi terdetik gak selalu barang-barang basah diletakkan di hadapan pintu masuk kedai supaya senang pelanggan nampak dan bukan dalam peti sejuk.

Gembira di hati, bila balik rumah salin baju rumah. Terus ke dapur membawa cili api. Beli sepeket yang harga RM2. Cakap di hati buat banyak-banyak supaya boleh boleh makan hari-hari. Maka mula-mula saya ke rak dapur,ambil belacan (belacan Melaka warna hitam). Saya ambil kuali kecil,tenggekkan di api dapur. Letak sedikit minyak dan apabila panas, masukkan sedikit belacan untuk menggoreng.

Dah agak luar hitam, angkat. Maka cili api, saya ambil dalam 10-15 biji buang tangkai dan basuh. Tumbuk dalam lesung satu-persatu. Tidak menggunakan pengisar. Hanya tumbuk sampai lumat. Keluarkan masuk belacan beserta sedikit minyak yang diguanakan menggoreng belacan untuk ditumbuk juga sampai lumat. Keluarkan masuk ke dalam bekas. Lebihan sambal belacan dalam lesung, saya perah 6 biji limau nipis ke dalamnya, sudukan keluar masuk ke dalam bekas. Ada lebihan sambal belacan lagi, saya buat bancuhan sedikit air asam jawa dalam cawan kemudian masuk ke dalam lesung tersebut untuk pastikan cili api tumbuk bersih dikeluarkan daripada lesung.
Kemudian saya rasa, peh cukup pedas gila. Saya campur sedikit gula. Maka selepas itu, saya basuh peralatan masak termasuk lesung. Lepas tu makan. Oh sedapnya sambil hidung berair. Seperti dijangka, saya berselera makan dan tambah nasi. Makan dengan sambal belacan membuatkan saya makan cepat seperti biasa. Haha berjaya misi makan tambah 2 kali. Selalu makan sekali saja itupun lambat nak habiskan.

Korang tidak payah risau pasal tambah berat kalau makan lebih daripada sekali kalau makan cili terutama makanan yang mengandungi cili api. Cili mengandungi Capsaicin. Cili yang kecil biasanya pedas. Capsaicin membantu peredaran darah yang kurang lancar. Cili yang pedas meningkatkan suhu badan untuk merangsang metabolisme. Ia juga mengurangi, mengatur dan mengeluarkan lendir dari paru-paru (agaknya itu sebab makan cili terutama yang pedas, hidung kita akan berair, eheks) Ia juga melindungi tubuh daripada penyakit barah. Biji cili juga elok dimakan juga kerana mencegah jangkitan pada sistem pencernaan.
Wah patut juga saya suka makan cili api kerana kebaikan yang ada. Lebih-lebih lagi ia meningkatkan metabolisme yang melancarkan peredaran darah. Saya rasa cili api bolehlah dikatakan untuk meningkatkan selera makan. Apapun kena tengok keupayaan korang juga, tahan makan cili api ke tidak. Rasanya kalau yang asyik masuk tandas untuk membuang tu maknanya banyak makan cili. :)

Ok, jumpa lagi. Tak sabar nak gunakan cili api pada tengah malam ini untuk masak kuewtiaw mengarut saya.



Saya Ingin Bersendirian Seketika Ketika Ini



Assalamualaikum...

Beberapa hari ini saya rasa nak habiskan masa menonton filem yang telah lama dimuat turun tapi tidak berkesempatan untuk menontonnya selain menonton siri drama seperti House, The Good Wife, Desperate Houvewives dan lain-lain. Jadi tiada mood sangat nak berborak dengan kawan-kawan kerana tidak mahu menyinggung perasaan secara tidak sengaja kerana tidak menumpukan perhatian apa yang dorang cakap. Saya tahu kalau saya borak fikiran saya akan melayang kerana memikirkan kesedihan saya.

Saya tengah sedih tapi bukan sedih hal dunia ini. Masalah dunia bolehlah diatasi dengan sabar dan mengingati ini hanyalah ujian Allah untuk hapuskan dosa atau meningkatkan darjat. Jadi hal dunia tidak patut kita sedih kerana Allah ingin beri kita pahala. Macam kita dapat debit (atau kredit?) Tapi yang merugikan adalah kerana kesedihan berkaitan perkara akhirat. Macam dapat tambahan dosa :( Lagilah pelik mekanisme saya untuk melarikan diri dengan menulis blog dan membaca blog serta tengok muat turun siri. Cara yang tidak betul. Selain rutin yang sedia ada dengan menyibukkan diri dengan kerja-kerja. Senang cerita saya nak bersendirian tapi bukan bersendirian yang mutlak. Masih berborak dengan emak dan abah. Mahu lebih buat pencarian jiwa dan bermonolog sendirian.

Borang peraduan sudah dipos. Kali ini abah pos. Terima kasih. Saya letak borang-borang untuk dihantar atas meja dengan niat selepas Asar mahu berjalan kaki ke pejabat pos. Sambil-sambil boleh layan fikiran yang menerawang. Tengok-tengok bila turun nak ambil surat dah tiada. Cuak mula-mula. Rupa-rupanya abah dah pos dulu. Tak payah saya susah payah jalan kaki tengah panas untuk pos. Apapun saya masih perlu berjalan-jalan untuk melayan jiwa dan fikiran yang pelbagai silih berganti. Kalau korang nak tahu kerana melayan fikiran, sampai tidak sedar jauh juga saya berjalan. Bestnya tidak penat pun. Lagi satu saya suka berjalan sambil dengar walkman, menyanyi antara dengar atau tidak. Satu keseronokan, cara yang murah saya rasa. Korang pernah buat tak iaitu berjalan-jalan melayan rasa sambil mendengar walkman?  Jadi kira sebagai serampang 2 mata, membuat senaman secara tidak langsung.

Jadi harap-harap faham kalau saya kurang berkomunikasi. Tidak lama pun, bila perasaan sedih sudah diubati, insyaAllah kita berborak secara langsung.Maaf kalau ada soalan saya tidak jawab.
Jumpa lagi.