Nuffnang

Wednesday, March 9, 2011

Saya Ingin Bersendirian Seketika Ketika Ini



Assalamualaikum...

Beberapa hari ini saya rasa nak habiskan masa menonton filem yang telah lama dimuat turun tapi tidak berkesempatan untuk menontonnya selain menonton siri drama seperti House, The Good Wife, Desperate Houvewives dan lain-lain. Jadi tiada mood sangat nak berborak dengan kawan-kawan kerana tidak mahu menyinggung perasaan secara tidak sengaja kerana tidak menumpukan perhatian apa yang dorang cakap. Saya tahu kalau saya borak fikiran saya akan melayang kerana memikirkan kesedihan saya.

Saya tengah sedih tapi bukan sedih hal dunia ini. Masalah dunia bolehlah diatasi dengan sabar dan mengingati ini hanyalah ujian Allah untuk hapuskan dosa atau meningkatkan darjat. Jadi hal dunia tidak patut kita sedih kerana Allah ingin beri kita pahala. Macam kita dapat debit (atau kredit?) Tapi yang merugikan adalah kerana kesedihan berkaitan perkara akhirat. Macam dapat tambahan dosa :( Lagilah pelik mekanisme saya untuk melarikan diri dengan menulis blog dan membaca blog serta tengok muat turun siri. Cara yang tidak betul. Selain rutin yang sedia ada dengan menyibukkan diri dengan kerja-kerja. Senang cerita saya nak bersendirian tapi bukan bersendirian yang mutlak. Masih berborak dengan emak dan abah. Mahu lebih buat pencarian jiwa dan bermonolog sendirian.

Borang peraduan sudah dipos. Kali ini abah pos. Terima kasih. Saya letak borang-borang untuk dihantar atas meja dengan niat selepas Asar mahu berjalan kaki ke pejabat pos. Sambil-sambil boleh layan fikiran yang menerawang. Tengok-tengok bila turun nak ambil surat dah tiada. Cuak mula-mula. Rupa-rupanya abah dah pos dulu. Tak payah saya susah payah jalan kaki tengah panas untuk pos. Apapun saya masih perlu berjalan-jalan untuk melayan jiwa dan fikiran yang pelbagai silih berganti. Kalau korang nak tahu kerana melayan fikiran, sampai tidak sedar jauh juga saya berjalan. Bestnya tidak penat pun. Lagi satu saya suka berjalan sambil dengar walkman, menyanyi antara dengar atau tidak. Satu keseronokan, cara yang murah saya rasa. Korang pernah buat tak iaitu berjalan-jalan melayan rasa sambil mendengar walkman?  Jadi kira sebagai serampang 2 mata, membuat senaman secara tidak langsung.

Jadi harap-harap faham kalau saya kurang berkomunikasi. Tidak lama pun, bila perasaan sedih sudah diubati, insyaAllah kita berborak secara langsung.Maaf kalau ada soalan saya tidak jawab.
Jumpa lagi.


No comments: