Nuffnang

Saturday, March 12, 2011

i-Pad 2 dan Top Chef All-Stars




Assalamualaikum...

Selamat pagi Sabtu. Tadi saya dapat komen daripada pembaca, dia bagi satu laman sesawang yang memberikan i-Pad 2 PERCUMA sempena nak keluar di pasaran. Teruja, sekali rupanya tawaran tu untuk mereka yang ada di negara pengeluar iaitu USA. Uwaa sedih saya tak layak mohon padahal nak sangat i-Pad tapi saya hargai sebab pembaca saya ini tak kedekut ilmu bagitahu i-Pad boleh dapat secara percuma, dia suruh cepat-cepat mohon tawaran terhad. Kepada pembaca tu (saya tak tahu nama sebab dia tidak berikan nama) kalau awak baca entri ini (alih bahasa kalau tak faham), mohonkan untuk saya dan awak poskan i-Pad ke Malaysia (saya tinggal di Malaysia bukan USA). Mungkin awak pun nak jadi seorang yang pemurah macam Bill Gates. Ehem, saya puji awak. Apapun terima kasih kerana peka. (Mentang-mentanglah saya asyik sebut saya suka masuk peraduan dan antara hadiah Peraduan Mudah Menang tu hadiah iPad)

Apapun nak cerita pasal Top Chef All-Stars episod ke-13 yang saya lihat di laman tvblinkx. Nampaknya Carla tidak dapat meneruskan ke akhir bahagian 2. Tinggal Richard, Mike, Tiffany dan Antonia.
Nampaknya pilihan saya untuk jadi juara ialah Richard. Tak sabar nak tengok minggu depan.

Jumpa lagi.

P.S: Kepada pemberi komen pasal i-Pad 2 kalau awak dapat mohon untuk saya dan nak poskan, komen lagi minta alamat saya. Eh komen awak saya buang sebab orang lain kat sini tak dapat mohon. Moga awak berjaya dapat i-Pad 2 dan terima kasih kerana membaca.



Friday, March 11, 2011

Orang Kaya Yang Ideal Ialah Yang Beriman dan Bersyukur



Assalamualaikum..

Salam pagi Jumaat. Jumaat datang lagi. Oh sebelum menulis ini, saya buat paprik untuk saya makan. Mentang-mentang cili api dah ada, tak payah la nak beli. Cuma sayang lobak merah takde tapi takpe asal ada kacang panjang dan cili api terutamanya.

Hmm baca surat khabar pasal Bill Gates tidak menjadi orang terkaya di dunia.  Ingatkan pasal apa tapi rupanya sifat dermawan Bill Gates yang menyebabkan kedudukan dia jatuh daripada menjadi orang paling kaya. Dia bukan derma USD$10 000 ke tapi  lebih 1/3 harta  didermakan. Wow, terperanjat saya.  Dia dan isteri DAH DERMA sebanyak  USD$28 billion.

Tahun ini,kekayaan Gates sebanyak lebih kurang USD$49 billion (RM148.5 billion) di belakang Slim lebih kurang USD$60 billion (RM181.9 billion)

Bagi saya, Allah akan tambahkan juga kekayaan Gates kerana sifat pemurah dia walaupun dia bukan Islam) Mahu juga saya hantar emel kepada beliau ucapkan tahniah kerana bersifat dermawan. Saya berdoa semoga Gates dapat hidayah Islam. Dia ada sifat terpuji. Memang patut Allah kurniakan dia kekayaan dan menjadi orang terkaya di dunia (walaupun jatuh no 2 kerana dia banyak derma) Kalau kita ni duk sibuk takut nak sedekahkan,derma, zakat kerana takut duit kurang atau sikit, dia pula tak kisah pun. Bukan sedikit dia derma tapi berbillion juga. Percayalah harta dia akan meningkat lagi tahun depan walau sebanyak mana dia derma.

Kita pula harus mencontohi sikap dermawan Bill Gates walaupun kita tak kaya. Kalau kita bercita-cita nak kaya, pastikan kita kaya dan menjadi orang yang bersyukur dengan nikmat Allah dengan melaksanakan zakat, sedekah dan derma. Ok sesiapa yang ingin kaya pastikan doa sekali setelah berusaha. Jadi bersangka baik pada Allah kalau kita doa dan berusaha untuk jadi kaya tapi tak kaya-kaya. Allah lebih mengetahui. Mungkin saja, Allah tahu kalau kita kaya kita lupa Allah. Macam Tsalabah di zaman Rasulullah yang mohon  Rasulullah doakan dia jadi kaya tapi baginda enggan doakan. Setelah didesak, baginda S.A.W. doakan dan Tsalabah menjadi orang kaya yang lupakan Allah dan tidak melunaskan zakat.

Sebaik-baiknya apa pun keadaan kita, kita bersyukur pada Allah. Allah pun ada berfirman yang lebih kurang maknanya sekiranya kamu bersyukur atas nikmatKu maka Aku akan tambah nikmat. Sebaliknya jika kamu kufur, azabKu amat pedih. Maknanya kalau kita ni TAK kaya (apa lagi kaya-raya macam Bill Gates), kita pun boleh bersedekah ikut kemampuan kita. Tak payah cakap nak jadi kaya, ada sejuta ringgit baru nak derma. Padahal kalau kita mampu, boleh sahaja derma asal jangan lupa zakat.

Ok itu sahaja, renungan untuk diri saya juga supaya bersyukur dan kalau bercita-cita nak jadi kaya, jadilah orang kaya yang beriman, bersyukur.

P.S: Bill Gates tiada nikmat Islam, sama -sama kita doakan dia dapat hidayah :)