Nuffnang

Saturday, May 14, 2011

Miskin



Assalamualaikum...


Selamat tengah hari. Kebelakangan ini orang sibuk tentang cuaca panas dan jerebu. Di sini memang tengah matahari dilitupi debu. Jerebu.


Ketika saya baru pulang dari menghantar H dalam keadaan penat, dapatlah panggilan telefon daripada bekas teman sekerja. Gembira sebab lama tak dengar khabar. Ingatkan dia telefon tu untuk bertanya khabar dan berborak-borak rupanya ada udang di sebalik batu. Dia mahu tarik saya masuk perniagaan. Saya rasa ralat juga dengan dia ni sebab berhubung bukan kerana untuk mengeratkan silaturrahim. Patut sebelum ni saya sms dia tak balas, tak kisahlah tapi bila tiba-tiba dia berhubung kerana nak saya sertai perniagaan yang dia ceburi. Korang pernah jumpa orang macam ni tak? Mesti pernah kan? Dalam alam maya pun kalau di FB, tiba-tiba ada orang tak dikenali nak 'add' kita, atau orang yang kita kenali tiba-tiba dekati kita dengan tujuan untuk menjual produk atau suruh kita masuk MLM yang mereka sertai.


Tak salah nak berniaga tapi cara tu kurang elok dan berhubung dengan niat yang tidak betul. Lepas tu bila saya tolak cara baik, bekas teman sekerja saya diam takde balas sms atau cakap apa-apa. Lagilah menguatkan pandangan saya, dia telefon saya semata-mata untuk dapatkan perniagaan. Kasihan betul saya orang macam ni, bagi saya orang macam ni memang miskin budi pekerti dan duit. Walaupun dia cakap dia dapat RM2000 seminggu tapi memang miskin. Mengapa saya cakap miskin? Korang tahu tak cerita wali Allah dan orang kaya? Ada satu hari seorang kaya ingin memberi wang kepada seorang wali Allah ni. Wali Allah tu tanya dekat orang kaya tu, "adakah kamu memerlukan atau ingin menambah harta kekayaan kamu?" Maka orang kaya tu cakap "ya". Wali Allah tu cakap, "ambillah semula wang yang kamu ingin berikan pada saya, saya tidak memerlukan wang kamu, kamu lebih berkehendakkan wang ini. Kamu lagi MISKIN daripada saya."


Maka boleh kita fahami daripada kisah wali Allah dan orang kaya itu, MISKIN bermakna kita bergantung penuh dengan apa yang kita inginkan.


Tidak salah untuk menambah pendapatan atau harta. Cuma saya perasan kebanyakan orang kurang mengambil berat tentang cara perolehan pendapatan atau harta. Ingat saya pernah bentang tulisan mengenai syukur? Banyak mana Allah kasi kalau kita tak syukur, kita takkan puas dengan apa yang kita dapat dan nak tambah setiap masa. Lagi satu mengenai berkat, perolehan rezeki mestilah memenuhi syarak, muamalat dan hubungan dengan Allah serta manusia dijaga dan tidak meninggalkan yang wajib seperti solat fardu. Maka bila kita dapati rezeki kita tak cukup untuk tampung sara hidup, tolong pertama sekali semak cara korang dapat duit tu, pastikan halalan toyyiban. Perhatikan ke mana duit korang tu dibelanjakan. Adakah dibelanjakan pada tempat sepatutnya? Kalau ada pembaziran atau belanja pada tempat tidak sepatutnya, sila kurangkan atau tidak membazir. Lepas dah semak dan buat pembetulan, rasanya tiada masalah duit tak cukup. Kalau semua dah diikuti dengan baik, menepati garis panduan Allah berikan tapi kita nak tambah duit tak kisah.


Ingat harta kekayaan yang banyak ni merupakan perkara berat dihisab oleh Allah. Sedangkan Abdurrahman bin Auf yang pemurah pun merangkak bila lalu titian sirat. Harta memang melambatkan dan membebankan hisab kita kalau tidak diuruskan dengan baik.


Saya macam menyampah sekarang ni dapat flyers pasal tambah duit cara mudah ada soalan tanya anda selalu kesempitan wang? Lepas tu menunjuk orang ni dapat RM2000 seminggu la, sebulan RM10 000 la dengan ikuti program yang diiklankan. Gelak saya dengan orang macam ni, orang yang miskin dan terdesak sangat dengan duit orang lain.


P.S: Daripada korang pening pasal menambah harta baik korang peningkan tentang hal hisab amal korang di akhirat. Peringatan ini untuk diri saya juga.


Fobia



Assalamualaikum...
Mesti korang terkejut sebelum ni ada tulisan pasal 'testing'. Haha sebenarnya, saya sibuk tukar settings nak tengok camne kan output pada pandangan blog orang lain alih-alih Google buat penyelenggaraan jadi bila saya nak buang tulisan 'testing' tu dapat mesej silap. Gelabah saya, hehe, terus pergi forum cari penyelesaian. Rupa-rupanya ramai dapat error yang diberikan kod tu. Tapi lama pula penyelenggaraan tu, saya takut ada yang rasa tertipu tengok tajuk 'testing' tapi isi takde. Maaf yer.
Dulu pun masa saya nak letak favicon wombat (yang korang leh nampak kat tepi alamat) ada silap juga. Nasib baik saya pergi forum juga. Kira Google ni bagus la, bila kita hadapi masalah bila tulis dan urus blog, dia beri platform untuk kita cari penyelesaian. Alhamdulillah masalah selesai juga.
Salah satu rupa anak patung wombat yang saya ambil daripada enjin pencarian
Lega penyelenggaraan ni sekejap. Dah tadi saya bersemangat dengan blog. Terus-terang saya ni fobia juga nak godek, ubah-ubah pandangan, susunan peralatan dalam blog ni nanti makin teruk saya ubah. Saya tengok ada juga blogger yang rajin ubah-ubah susunan perabot (amboi istilah) dalam blog dorang. Baru seminggu tak masuk blog dorang, bila masuk dah lain. Kalau saya pula ambil masa nak ubah-ubah, macam saya kata fobia nanti ubah-ubah ada masalah pula, elok-elok orang boleh tengok blog kita jadi tak boleh pula.
Korang ada masalah macam saya ni tak? Bagi tips kat saya untuk berani ubah-ubah susunan pandangan blog saya. Hehe fobia betul.

P.S: Ada masa saya rajin meneroka untuk ubah-ubah pandangan blog saya tapi ni ikut mood. Kalau tengah mood nak ubah-ubah dan cuba sesuatu pada blog. Ada ketika saya tumpu pada penulisan je.