Nuffnang

Tuesday, May 17, 2011

Perasaan Bercampur-Baur



Assalamualaikum...




Selamat tengah hari dan selamat makan. Waktu ini saya tinggal sorang di rumah tidak ikut abah dan emak yang ke Sungai Penchala kerana ada mesyuarat adik-beradik belah abah. Rasa menyesal gak tak pergi tapi rasanya sebab asal tidak mahu ikut kerana itu hanya mesyuarat bukan kenduri. Apapun setiap keluarga akan membawa makanan macam pot luck untuk makan beramai-ramai. Mak saya buat rendang ayam Negeri Sembilan.



Esok pula, H dan isteri akan terbang ke Christchurch untuk memulakan kerja di sana. Nampaknya rezeki H adalah di negara dia belajar. H akan memulakan kerja pada 25 Mei tak silap saya. Esok saya akan turut serta untuk ucap selamat merantau. Entah bila dia akan pulang. Tidak akan selalu balik seperti yang dilakukan balik sebulan sekali sebelum dia kerja di Hospital Muar.



Perpisahan memang tidak akan dapat dielakkan sama ada perpisahan sementara atau perpisahan abadi. Kita akan sentiasa menghadapi keadaan ini sama ada kita suka atau tidak.



Oklah itu aje, ringkas tulisan kali ini. Entahlah perasaan saya bercampur-baur, berubah-ubah tak tau mengapa. Jumpa lagi.

 


Monday, May 16, 2011

Tandatangan 'wombatME' hilang

Assalamualaikum...

Korang perasan kan tandatangan 'wombatME' pada tulisan lama saya tiada. Saya pun baru perasan semalam. Mula-mula ingatkan pandangan Mozilla saya yang tak boleh sebab memang ada plug-in saya tak muat turun. Tengok pada Chrome pun cuma ada kotak kecil tanpa ada tulisan 'wombatME'. Apabila klik kotak kecil tu, keluar tiada imej lokasi tersebut.

Memang tandatangan tu saya letak dalam draf blogger untuk pautan bagi setiap pengakhiran tulisan saya. Nampaknya tandatangan 'wombatME' saya belum dipulihkan. Saya akan tunggu pihak blogger pulihkan sehingga mungkin hari Rabu. Kalau tiada, saya akan gantikan dengan letak mungkin gambar-gambar dalam simpanan blog saya.

Ok itu aje. Jumpa lagi