Nuffnang

Tuesday, May 24, 2011

Mengenang Zaman Persekolahan Ketika Menjadi Orang Nomad

Assalamualaikum...

Selamat petang dan bertemu kembali. Semalam saya cerita pasal saya dan asam pedas maka teringat pula perbualan saya dengan Encik Lampard dulu-dulu.

Dahulu apabila Encik Lampard cerita dia dahulu sekolah di Henry Gurney, saya percaya bulat-bulat tak tanya sebab saya tak tahu pun tu sekolah juvana. Encik Lampard pula bila tahu saya percaya cakap dia, dia cakap  lebih kurang begini "Z*** gurau la, N****, Z*** tak pernah sekolah kat situ". Haha maaflah Encik Lampard, saya masa tu tak tahu pun Sekolah Henry Gurney tu sekolah apa, ingat sekolah biasa takpun sekolah mubaligh maklum Melaka ni kan banyak sekolah mubaligh. Agaknya dia takut saya anggap dia pernah menjadi remaja bermasalah agaknya. Ala sebenarnya kita tak boleh sangat menilai orang. Manusia berubah. Ikutkan kita semua pernah buat perkara nakal. Kami ni sama je, kata orang Melaka (lahir sini) tapi hidup berpindah-randah.

Seronok ke hidup berpindah-randah ni? Tengok tempat, suasana dan sekolah. Tak seronoknya pindah waktu sesi persekolahan masih berjalan. Pindah dahla macam cap ayam, tergesa-gesa, masuk ke kawasan persekitaran baru, sekolah, kelas dan bertemu rakan sekolah baru. Nasib kadang-kadang dapat masuk kelas yang mempunyai murid-murid paling pandai, murid-murid paling kurang pandai, murid-murid yang kebanyakan nakal dan popular di kalangan guru disiplin. Saya pernah rasa, pandai-pandailah sesuaikan diri. Apapun ia mengajar saya supaya sesuaikan diri mengikut latar tempat. Kira saya ni jadi sesumpah, tukar-tukar warna.

Ada seseorang bagitahu ke mana saya pergi, saya akan popular. Terpulang saya nak popular cara baik atau cara buruk.Kalau taknak popular boleh tak?, saya bertanya dalam hati. Maka untuk memastikan benar atau tidak teori tersebut, saya mengingati  apabila pindah ke sekolah baru kadang-kadang saya menukar karakter lain iaitu menjadi pendiam, duduk diam-diam membisu, bercakap apabila perlu dan bila ditanya sahaja. Duduk paling belakang. Ya memang popularpun saya, popular untuk dibuli. Kahkah. Seksa dibuli jiwa tak tahan lepas setahun baru ok persekitaran. Lepas tu popular pasal perkara lain pula.

Eh okla, cukup cerita waktu zaman persekolahan. Kesimpulannya bukan semua pengalaman itu teruk, ada manis juga. Seronok bercerita kepada mereka yang pernah mengalaminya macam Encik Lampard yang memahami. Tapi Encik Lampard, saya lagi banyak pindah-randah daripada awak. Haha.

Ok jumpa lagi semua.

P.S: Sekolah rendah entah berapa kali pindah.Tingkatan 1 pula sampai 3 kali tukar sekolah.


Monday, May 23, 2011

Awak Ni Orang Melaka Ke?



Assalamualaikum...

Selamat petang semua yang sedang membaca tulisan saya ini. Apa khabar anda semua? Semoga sihat dan ceria selalu. Nyaris komputer umum ini tidak boleh dihidupkan. Mula-mula buka pukul 1 tengah hari tak boleh. Lepas masak, kemas dapur cuba lagi pukul 3 petang banyak kali cuba hidupkan baru boleh. Malam tadi memang tutup suis betul-betul, tutup untuk rehatkan pc sebab ikut nasihat adik jangan biarkan 24 jam tak tutup dan tak dipakai tapi bila nak buka mula-mula bermasalah pula nak hidupkan.

Ok abaikan sebab saya dah boleh buka dan menulis di blog. Alhamdulillah. Eh cepatnya masa berlalu, Sedar-sedar dah 23/5, hujung bulan dan akan memasuki awal Jun. Dah pertengahan tahun. Macam baru semalam je rasa berlangsungnya majlis H. Oh!Ya nak bagitahu (dah basi) yang saya takde pergi Pesta Buku tahun ini. Sedih :( Tapi tengok ada pula jualan kedai buku Popular di suratkhabar. Mungkin saya boleh beli satu dua buku.

Apabila orang tanya saya kedai asam pedas yang sedap kat kawasan saya, saya memang tak tahu kat mana. Nanti orang tu cakap "awak ni orang Melaka ke tak tahu mana tempat makan asam pedas yang sedap." Saya akan cakap, "saya lahir kat Melaka la cuma saya tak pernah makan kat kedai makan asam pedas yang saya rasa sedap." Gila geram kalau orang dengar jawapan saya macam tu. Haha jadi janganlah suruh saya jadi pemandu pelancong Jalan-Jalan Cari Makan suruh saya tunjuk tempat makan asam pedas yang sedap. Saya ni orang lain sibuk pasal asam pedas Melaka, saya kurang ambil tahu di mana dan tak pernah pergi pun rasanya. Ada sorang chatter ni cerita kat saya dia suka makan asam pedas di Big Apple, saya cuma dengar jerla tapi takde sibuk nak cuba rasa pergi makan situ. Bukan tak suka ke apa, entah biasa jerla. Bukan fanatik asam pedas kut. Entah, susah nak cakap saya makan jerla. Lagipun saya rasa yang paling sedap asam pedas saya makan ialah asam pedas di Masjid Tengkera, surau depan rumah saya (buat gotong-royong tak tahu siapa ketua masak) dan arwah nenek.

Hehe,  betul ke saya ni orang Melaka? Ikutkan pada kad pengenalan ya, ikut percakapan secara keseluruhan tak kut. Takde masalah, saya suka asam pedas Melaka tapi bukan gila fanatik. Itu kesimpulannya.

Gambar sekadar hiasan