Nuffnang

Wednesday, May 25, 2011

Sebarkan Kebaikan Susu



Assalamualaikum...

Wah cerita saya sebelum ni berkisar tentang zaman persekolahan. Maklumlah banyak kenangan tak dapat dilupakan. Sayapun rasa anda pun mesti akan terkenang-kenang zaman dulu waktu kita kecil dan remaja.

Saya pernah menulis tentang ketika saya kecil, saya seorang pemilih makanan dan mudah jatuh sakit. Maka salah satu galakan abah saya suruh saya untuk makan/minum ialah minum susu. Bermacam jenis/jenama susu tepung abah saya beli untuk saya minum tapi masalah saya tak boleh terima susu tepung apa lagi susu segar yang tiada perisa.

Sehinggalah abah membelikan susu yang mempunyai perisa barulah saya boleh telan dan minum sampai habis. Kalau tak sebelum tu, saya minum sedikit lepas tu buang. Sekadar minum. Tidak lagi apabila minum susu berperisa terutama daripada jenama Dutch Lady.

Amalan minum susu saya teruskan dan makin aktif minum ketika di universiti. Ketika sibuk tidak sempat sarapan maka susu berperisa coklat atau kopi menjadi pilihan saya ketika berjalan kaki atau duduk dalam bas ketika ke kelas. Setiap minggu purata 2 kartun kotak susu ( 1 kartun=6 kotak susu 250 ml) saya minum. Maka saya adalah pelawat setia Extra (tak silap nama pasaraya) di Mines untuk membeli kadang-kadang 4 kartun sekaligus untuk tempoh 2 minggu.

Susu mudah dicerna dan menggalakkan tumbesaran.  Oh ok, saya nak bagitahu pada yang suka minum susu dan berminat masuk peraduan mudah. Dutch Lady menganjurkan undilah perisa yang anda gemari. Di mana perisa yang paling banyak diundi akan dipilih untuk dihasilkan dalam edisi khas. Hoho. Ada hadiah ok sesiapa yang mengundi. Senang kacang tanah. Sekarang ni siapalah yang tiada Facebook kan? Semua ada. Maka buka facebook dan cari Dutch Lady.  Macam kat bawah bila dah buka laman Dutch Lady di FB.

FB Dutch Lady

Klik pada butang 'Vote Now' atau kalau saya boleh sahaja pergi ke 'Milk Election Express Voting Booth' di sebelah kiri dinding. Maka akan keluar seperti di bawah.

Gambar muka Milk Election Express Voting Booth

Masukkan maklumat diri dan pilihan perisa

Lepas tu masuk nama penuh, no kad pengenalan/no paspot dan emel. Seperti di bawah. Lepas tu pilih perisa kegemaran anda untuk edisi khas iaitu

  • kacang merah

  • tembikai susu

  • jagung

  • karamel toffee

Saya peminat kopi mestilah memilih karamel toffee. Hehe, ikut selera anda nak perisa apa. Bila dah masukkan semua maklumat. Dah puas hati dengan undian anda maka jangan lupa klik pada butang 'Submit'. Maka keluar seperti ini di bawah.

Gambar muka setelah tekan butang Submit

Saya rasa anda boleh nak undi banyak kali kerana hadiah disediakan lumayan juga iaitu

  • RM750 untuk undian ke 75 000

  • RM1000 untuk undian ke 100 000

Jangan lepaskan peluang memasuki peraduan yang mudah memandangkan korang suka lepak FB kan. Jadi takde masalah nak masuk, sesiapa pun boleh, tiada bukti pembelian ke apa. Nak ajak kawan-kawan lain untuk undi pun takpe. Cepat tau sebab tarikh tutup ialah 28 Mei ni.

Ok itu aje saya nak kongsi. Moga ada yang bertuah menang. Sayapun dah masuk peraduan ini dan memang senang. Nanti saya nak ajak mak saya masuk juga.

Jumpa lagi.



Tuesday, May 24, 2011

Mengenang Zaman Persekolahan Ketika Menjadi Orang Nomad

Assalamualaikum...

Selamat petang dan bertemu kembali. Semalam saya cerita pasal saya dan asam pedas maka teringat pula perbualan saya dengan Encik Lampard dulu-dulu.

Dahulu apabila Encik Lampard cerita dia dahulu sekolah di Henry Gurney, saya percaya bulat-bulat tak tanya sebab saya tak tahu pun tu sekolah juvana. Encik Lampard pula bila tahu saya percaya cakap dia, dia cakap  lebih kurang begini "Z*** gurau la, N****, Z*** tak pernah sekolah kat situ". Haha maaflah Encik Lampard, saya masa tu tak tahu pun Sekolah Henry Gurney tu sekolah apa, ingat sekolah biasa takpun sekolah mubaligh maklum Melaka ni kan banyak sekolah mubaligh. Agaknya dia takut saya anggap dia pernah menjadi remaja bermasalah agaknya. Ala sebenarnya kita tak boleh sangat menilai orang. Manusia berubah. Ikutkan kita semua pernah buat perkara nakal. Kami ni sama je, kata orang Melaka (lahir sini) tapi hidup berpindah-randah.

Seronok ke hidup berpindah-randah ni? Tengok tempat, suasana dan sekolah. Tak seronoknya pindah waktu sesi persekolahan masih berjalan. Pindah dahla macam cap ayam, tergesa-gesa, masuk ke kawasan persekitaran baru, sekolah, kelas dan bertemu rakan sekolah baru. Nasib kadang-kadang dapat masuk kelas yang mempunyai murid-murid paling pandai, murid-murid paling kurang pandai, murid-murid yang kebanyakan nakal dan popular di kalangan guru disiplin. Saya pernah rasa, pandai-pandailah sesuaikan diri. Apapun ia mengajar saya supaya sesuaikan diri mengikut latar tempat. Kira saya ni jadi sesumpah, tukar-tukar warna.

Ada seseorang bagitahu ke mana saya pergi, saya akan popular. Terpulang saya nak popular cara baik atau cara buruk.Kalau taknak popular boleh tak?, saya bertanya dalam hati. Maka untuk memastikan benar atau tidak teori tersebut, saya mengingati  apabila pindah ke sekolah baru kadang-kadang saya menukar karakter lain iaitu menjadi pendiam, duduk diam-diam membisu, bercakap apabila perlu dan bila ditanya sahaja. Duduk paling belakang. Ya memang popularpun saya, popular untuk dibuli. Kahkah. Seksa dibuli jiwa tak tahan lepas setahun baru ok persekitaran. Lepas tu popular pasal perkara lain pula.

Eh okla, cukup cerita waktu zaman persekolahan. Kesimpulannya bukan semua pengalaman itu teruk, ada manis juga. Seronok bercerita kepada mereka yang pernah mengalaminya macam Encik Lampard yang memahami. Tapi Encik Lampard, saya lagi banyak pindah-randah daripada awak. Haha.

Ok jumpa lagi semua.

P.S: Sekolah rendah entah berapa kali pindah.Tingkatan 1 pula sampai 3 kali tukar sekolah.