Nuffnang
Monday, June 20, 2011
Sunday, June 19, 2011
Iron Chef Masuk Dapur Masterchef Australia
(Tulisan banyak gambar)
Assalamualaikum...
Selamat hari bapa. Siapakah Iron Chef yang menjadi juri bagi tema krustasia (crustacean) bagi siri ke-2 episod 78? Jeng-jeng...
^^
^^
^^
Mengadili Masakan Kumpulan Biru Dan Merah |
Chef Sakai. Bagi peminat siri Iron Chef mesti kenal Chef Sakai kan? Pakar masakan Perancis dan menjadi calon kegemaran lawan untuk mereka menguji kreativiti dalam masakan.
Kumpulan biru terdiri daripada Adam, Callum dan Claire
Dari Kiri: Claire, Adam Dan Callum |
Masakan Pertama: Ketam Lumpur Stail Asian Dengan Lempeng |
Masakan Kedua: Udang Menyalut Telur Dengan Sambal Cili Bersantan |
Selalu telur yang menyalut udang kan? Ini udang ditumbuk halus dengan lesung batu menyalut telur tersebut. Unik.
Masakan Ketiga: Ladu Udang Galah Dengan Air Rebusan Sake Dan Soya |
Ketiga-tiga masakan di atas adalah daripada kumpulan biru.
Kumpulan merah pula terdiri daripada Jimmy, Alvin dan Courtney.
Dari Kiri: Jimmy, Alvin Dan Courtney |
Masakan yang kumpulan merah hidangkan pula ialah:
Masakan pertama: Ladu Jernih Udang Dengan Air Rebusan Krustasia |
Masakan Kedua: Konji Udang |
Masakan Ketiga: Udang Galah Kukus Dengan Halia Dan Bawang Merah |
Masakan terakhir yang temanya mereka buat secara bankuet ialah:
Masakan Terakhir: Ketam Lumpur Bersambal |
Kalau tengok masakan yang dipersembahkan kedua-dua kumpulan, mana yang korang agak menang?
Kumpulan yang menang ialah kumpulan merah. Tengok makanan kumpulan merah pun meriah dan banyak berbanding makanan kumpulan biru yang lebih kepada makanan orang sopan-santun. Hehe.
Kredit kepada penerbitan ten Australia dan saya cetak skrin daripada siri ini semasa menonton.
Jumpa lagi.
Subscribe to:
Posts (Atom)