Nuffnang

Thursday, July 7, 2011

Risau Tak Dapat Layan Tetamu Dengan Baik


Assalamualaikum…

Selamat pagi semua. Harap anda semua ceria dan bahagia. Seronok rasanya menghabiskan maraton tengok secara terus-menerus daripada internet siri ke-3 Masterchef. Saya nak kejar siri terkini. Maklumlah siri versi Australia ni panjang. Saya dah sampai ke bahagian siri 50. Sambil-sambil tu tak lupa melawat blog-blog yang ikuti segmen.  Tidak lupa  terima kasih kepada mereka yang memberi komen yang berguna serta yang meninggalkan jejak. Teruja juga dengan sambutan yang diberikan. Apapun saya suka buat secara perlahan-lahan dan membiasakan sesuatu sebelum buat.

Pada sisi lain pula, ada teman chat (perempuan tau) bercadang nak ke Melaka. Saya yang dah lama tak jalan-jalan tempat menarik di Melaka macam terkedu juga sebab kena jadi pemandu pelancong. Eh bezanya pula, saya tiada kereta dan kalau ada kereta pun tak berapa mahir nak pergi ke tempat-tempat tumpuan pelancong. Ralat juga sebab macam tak sempurna je cara melayan orang datang tempat kita. Saya cadang naik bas panorama untuk jalan-jalan ke Melaka. Pasti tak sesat dan boleh berjalan seharian dengan bayaran sekali sahaja. Boleh berhenti di tempat yang kita nak dan ambil semula bas lain tanpa bayar untuk sehari. Tak tahu sekarang tambang berapa. Anda tahu tak? Hehe kalau perancangan ini menjadi bermakna, saya baru pertama kali naik bas ini.
Macam kata tadi, ini perancangan teman chat. Bagi saya baiklah dia cari orang lain yang boleh dijadikan pemandu pelancong yang mahir dengan membawa teman-teman ini naik kereta pusing-pusing Melaka. Puas sedikit.

Apapun tengoklah keputusan. Dia rancang nak datang minggu depan.

Terima kasih baca kerisauan saya ini. Jumpa lagi.

P.S: Cuak kalau tak dapat layan orang dengan baik.















Wednesday, July 6, 2011

Antara Nasihat Terbaik Yang Diterima Dalam Penulisan Blog



Assalamualaikum…
Selamat awal pagi. Akhirnya dalam ketenangan pagi ini dapatlah saya menulis setelah membuat lawatan blog. Nampaknya yang mengikuti segmen daripada @Freaky ini semua aktif menulis. Lepas ikut je, memang ada sahaja tulisan baru di pemuka papan (dashboard) di mana saya tak berhenti-henti baca selepas itu.
Apapun beberapa hari lalu, saya membaca tulisan google buzz tentang nasihat yang pernah diterima dalam arena menulis blog. Salah seorang blogger @OnceBittenBlog beritahu “tidak hanya aktif dalam blog sendiri tetapi di blog lain juga- tinggalkan komen pada blog orang (terutama yang baca blog kita) tetapi jangan membuat iklan sampah.” Membuat saya terfikir yang saya kurang memberi komen. Kadang-kala saya suka baca semua tulisan tapi satu komen pun tak tinggal (ini selalunya pada blog yang popular) ataupun kadang-kadang tinggalkan komen apabila ada nak diperkatakan. Paling teruk pun tinggalkan jejak di kotak jerit.
Nampaknya lepas ni kena aktif memberi komen daripada hanya baca sahaja. Jadi kepada pembaca, apa nasihat terbaik yang anda terima ketika berkecimpung dalam penulisan blog? Sudi-sudi berkongsi dengan saya.
Ok itu aje saya nak luahkan. Jumpa lagi.