Nuffnang

Wednesday, July 6, 2011

Antara Nasihat Terbaik Yang Diterima Dalam Penulisan Blog



Assalamualaikum…
Selamat awal pagi. Akhirnya dalam ketenangan pagi ini dapatlah saya menulis setelah membuat lawatan blog. Nampaknya yang mengikuti segmen daripada @Freaky ini semua aktif menulis. Lepas ikut je, memang ada sahaja tulisan baru di pemuka papan (dashboard) di mana saya tak berhenti-henti baca selepas itu.
Apapun beberapa hari lalu, saya membaca tulisan google buzz tentang nasihat yang pernah diterima dalam arena menulis blog. Salah seorang blogger @OnceBittenBlog beritahu “tidak hanya aktif dalam blog sendiri tetapi di blog lain juga- tinggalkan komen pada blog orang (terutama yang baca blog kita) tetapi jangan membuat iklan sampah.” Membuat saya terfikir yang saya kurang memberi komen. Kadang-kala saya suka baca semua tulisan tapi satu komen pun tak tinggal (ini selalunya pada blog yang popular) ataupun kadang-kadang tinggalkan komen apabila ada nak diperkatakan. Paling teruk pun tinggalkan jejak di kotak jerit.
Nampaknya lepas ni kena aktif memberi komen daripada hanya baca sahaja. Jadi kepada pembaca, apa nasihat terbaik yang anda terima ketika berkecimpung dalam penulisan blog? Sudi-sudi berkongsi dengan saya.
Ok itu aje saya nak luahkan. Jumpa lagi.















6 comments:

Alisya said...

Pada pendapat alisya...untuk ruangan comment, alisya suka yang jenis pop-up dan tidak ada word verification..untuk mudahkan pembaca..

thanks singgah blog WARDAH ALISYA :)

NA said...

Terima kasih yer sebab bagitahu. Tak perasan. Ingatkan blog saya takde pengesahan. Dah tengok kembali rupanya ada. Dah betulkan. Apapun jangan lupa beri input lagi.

Freaky said...

hehe kak wina. bila komen, itu akan buat orang lebih gembira untuk menulis entri yang selanjutnya

NA said...

Tulah Freaky, selalu suka baca senyap-senyap malas tinggal komen. Apapun terima kasih buat segmen.

ana raisya said...

mnrik....tq na

NA said...

@ana: Tips dapat apabila berblog. Itu yang perlu sangat kepada komen yang membina.