Hari ini betullah hari saya takde nak berkata-kata. Lebih banyak pada monolog sahaja. Tapi saya nak juga tulis sebuah tulisan.
Tidak ceria hari ini. Mungkin memaksa diri melakukan sesuatu perkara sampai memenatkan jiwa, fizikal. Terima kasih kepada seorang bekas rakan sekolah yang mengingatkan agar tidak terlalu memaksa diri dan buat secara perlahan-lahan sehingga berjaya. Ya, saya akui saya mementingkan kesempurnaan, sangat teliti, suka meletak sasaran setiap tindakan apakah input yang perlu dibuat dan output yang akan terhasil. Apabila buat tidak dapat hasil yang dirancang. Saya menggelupur seperti kera termakan racun tanaman.
Apapun syukur setiap kali berlaku, cepat-cepat diingatkan untuk bersabar. Diingatkan kita, tidak semua akan dapat apa yang kita nak. Apabila dapat sesuatu, tidak bermakna ia hak mutlak kita. Allah akan mencabut bila-bila masa sahaja. Lepas ini nak buat ikut kemampuan diri, perlahan-lahan dan penting sekali saya MESTI gembira buat semua ketika itu.
Aiseh camne boleh lupa saya juga pernah tulis tentang hal ini, membuat sesuatu mesti ada keghairahan dan keseronokan. Memang saya seronok melakukan kerja tersebut tetapi terlebih menggunakan tenaga dan emosi. Itu yang memenatkan jiwa. Oklah kalau lepas ni, buat perkara yang menyeronokkan pun mestilah secara sederhana. Seronok buat sesuatu perkara pun tidak boleh dibuat secara berlebihan. Orang kata akan mudah menjemput kejemuan.
Jumpa lagi semua. Terima kasih kerana membaca luahan hati saya.
Ingat wahai diri. Formula membuat sesuatu pekerjaan= Kerja dengan rasa seronok + Ikut kemampuan + Sederhana + Ikhlas