Nuffnang

Tuesday, July 26, 2011

Repekan Kerepek Hari Ini


Klik untuk besarkan gambar.


Assalamualaikum...

Hari ini rasa tak bermaya je dengan masalah merepek-merepek dengan saya suka fikir terlebih-lebih ni. Apapun nak lupakan dan hilangkan rasa risau/paranoia tu maka buat-buatlah sibukkan diri dengan menjaga anak saudara selain sambil-sambil ada masa tinggalkan komen pada blog orang. Dak Bubut tu. Ha terhibur apabila layan keletah budak kecil yang sibuk nak menjelajah ruang setiap rumah.

Lepas Maghrib pula tolong Y isikan dalam cawan apam bintik-bintik. Tahu tak apam bintik-bintik tu rupa bagaimana? Maaf belum ambil gambar apam tu. Kalau saya dah ambil dan muat naik, saya akan letak pada tulisan akan datang. Buat 3 warna: merah jambu, coklat dan ungu dengan inti coklat dan beri biru. Apam terkini dah dicanggihkan (disusahkan?) sebab kena paip bentuk bulat-bulat untuk jadi bintik-bintik.

Apapun layan gambar-gambar coklat yang M beli semasa transit di Dubai dan kerepek kentang yang dia bawa untuk dia makan tapi tak sempat nak makan. Maka haruslah saya merasmikan kerepek kentang tersebut dan sememangnya saya peminat tegar kerepek kentang.

Ok itu sahaja repekan saya. Jumpa lagi. Oh! Ya, pai epal saya terpaksa ditangguh buat kerana memberi laluan Y nak buat apam.


Kerepek Dan Coklat Putih


Coklat Yang Boleh Juga Didapati Di Langkawi








Monday, July 25, 2011

Watak Utama Dah Ada Dan Perihal Nuffnang


Assalamualaikum...

Selamat awal pagi Isnin semua. Ahad macam tiada perasaan nak buka internet. Buka blog pun dah malam. Sempat balas beberapa kunjungan. Terima kasih ye. Mengapa eh? Mungkin saya terfikir macam-macam dan dapat emel daripada Nuffnang yang galakkan kita tukar kata kunci (password). Korang tukar tak? Dah tukar, masuk balik, tengah-tengah layari laman Nuffnang ni, boleh ada masalah. Mulalah fikiran fikir bukan-bukan. Mana tahu saya dapat emel bukan daripada pihak Nuffnang yang sebenarnya tapi penggodam yang nak kata kunci baru. Mulalah saya paranoia. Bagi mereka yang baca ini yang pasang iklan Nuffnang sila bagitahu saya korang dapat emel daripada Nuffnang tak?

Oklah cerita lain. Petang semalam saya  pergi Jaya Jusco Bandar Melaka. Akhirnya watak utama dan watak-watak penting saya dah beli. Bolehlah buat pai epal nanti setelah kulit dah buat. Bahan utama ialah epal hijau, serbuk kayu manis, serbuk buah pala, gula perang dan lemon. Lain-lain dah ada seperti tepung gandum dan mentega. Nanti dah buat siap saya akan tunjukkan beserta bahan yang saya buat (lengkap)

Itu sahaja saya nak coretkan. Jumpa lagi. 


Tag also: bahan inti pai epal



Inilah Rupa Watak Utama Bagi Membuat Inti Pai




Serbuk Kayu Manis, Serbuk Buah Pala, Epal Hijau, Gula Perang Dan Belakang Ialah Lemon