Klik untuk besarkan gambar.
Assalamualaikum...
Hari ini rasa tak bermaya je dengan masalah merepek-merepek dengan saya suka fikir terlebih-lebih ni. Apapun nak lupakan dan hilangkan rasa risau/paranoia tu maka buat-buatlah sibukkan diri dengan menjaga anak saudara selain sambil-sambil ada masa tinggalkan komen pada blog orang. Dak Bubut tu. Ha terhibur apabila layan keletah budak kecil yang sibuk nak menjelajah ruang setiap rumah.
Lepas Maghrib pula tolong Y isikan dalam cawan apam bintik-bintik. Tahu tak apam bintik-bintik tu rupa bagaimana? Maaf belum ambil gambar apam tu. Kalau saya dah ambil dan muat naik, saya akan letak pada tulisan akan datang. Buat 3 warna: merah jambu, coklat dan ungu dengan inti coklat dan beri biru. Apam terkini dah dicanggihkan (disusahkan?) sebab kena paip bentuk bulat-bulat untuk jadi bintik-bintik.
Apapun layan gambar-gambar coklat yang M beli semasa transit di Dubai dan kerepek kentang yang dia bawa untuk dia makan tapi tak sempat nak makan. Maka haruslah saya merasmikan kerepek kentang tersebut dan sememangnya saya peminat tegar kerepek kentang.
Ok itu sahaja repekan saya. Jumpa lagi. Oh! Ya, pai epal saya terpaksa ditangguh buat kerana memberi laluan Y nak buat apam.
Kerepek Dan Coklat Putih |
Coklat Yang Boleh Juga Didapati Di Langkawi |
7 comments:
apam bintik bintik..cam ner tu??tk penah tengok
@abgghani: apam polkadot
ha..ase tau apam bintik2 tu mcmna.hehe..huu..cedapnya coklat..lama tak mam hershey's tu.. T___T
@Lana: Panggil apam polkadot. Hehe. Na belum buka coklat Hershey's tu lagi.
toblerone kah!
ayoooo
suke
akak! nak!hahahaha
@Mimito: Kalau dekat leh kasi. Pos pula nanti cair. Hehe lagipun pemalas nak gi pejabat pos ni :)
wahhh..toblerone la..lama da tak makan coklat tu..hee~
Post a Comment