Nuffnang

Monday, July 25, 2011

Watak Utama Dah Ada Dan Perihal Nuffnang


Assalamualaikum...

Selamat awal pagi Isnin semua. Ahad macam tiada perasaan nak buka internet. Buka blog pun dah malam. Sempat balas beberapa kunjungan. Terima kasih ye. Mengapa eh? Mungkin saya terfikir macam-macam dan dapat emel daripada Nuffnang yang galakkan kita tukar kata kunci (password). Korang tukar tak? Dah tukar, masuk balik, tengah-tengah layari laman Nuffnang ni, boleh ada masalah. Mulalah fikiran fikir bukan-bukan. Mana tahu saya dapat emel bukan daripada pihak Nuffnang yang sebenarnya tapi penggodam yang nak kata kunci baru. Mulalah saya paranoia. Bagi mereka yang baca ini yang pasang iklan Nuffnang sila bagitahu saya korang dapat emel daripada Nuffnang tak?

Oklah cerita lain. Petang semalam saya  pergi Jaya Jusco Bandar Melaka. Akhirnya watak utama dan watak-watak penting saya dah beli. Bolehlah buat pai epal nanti setelah kulit dah buat. Bahan utama ialah epal hijau, serbuk kayu manis, serbuk buah pala, gula perang dan lemon. Lain-lain dah ada seperti tepung gandum dan mentega. Nanti dah buat siap saya akan tunjukkan beserta bahan yang saya buat (lengkap)

Itu sahaja saya nak coretkan. Jumpa lagi. 


Tag also: bahan inti pai epal



Inilah Rupa Watak Utama Bagi Membuat Inti Pai




Serbuk Kayu Manis, Serbuk Buah Pala, Epal Hijau, Gula Perang Dan Belakang Ialah Lemon


6 comments:

abghani said...

dh siap pai jgn lupa htr kt blog aku...nk rasa sedap ke tidak

maszull said...

slm....mama x ada dpt pun.msg dr nuffnang...wah sedap nyer...terliur plak rasanya...dah siap poskn kat sni yer...hehehe..:)

Tinta Lana said...

lana ada dapat emel nuffnang juga..tapi..takda apa..pihk diorg just gtau akaun lana selamat..

NA said...

@abgghani: kena datang sini

@mama maszull: mama tak dapat emel?

@lana: saya tukar kata kunci nuffnang. Aha gelabah, nuffnang kata selamat tapi dalam emel mereka tulis digalakkan tukar kata kunci.

Terima kasih semua yang komen.

K said...

pai epal sedap ke?? hehe :P

NA said...

@keroro: sedap :)