Nuffnang

Monday, July 25, 2011

Watak Utama Dah Ada Dan Perihal Nuffnang


Assalamualaikum...

Selamat awal pagi Isnin semua. Ahad macam tiada perasaan nak buka internet. Buka blog pun dah malam. Sempat balas beberapa kunjungan. Terima kasih ye. Mengapa eh? Mungkin saya terfikir macam-macam dan dapat emel daripada Nuffnang yang galakkan kita tukar kata kunci (password). Korang tukar tak? Dah tukar, masuk balik, tengah-tengah layari laman Nuffnang ni, boleh ada masalah. Mulalah fikiran fikir bukan-bukan. Mana tahu saya dapat emel bukan daripada pihak Nuffnang yang sebenarnya tapi penggodam yang nak kata kunci baru. Mulalah saya paranoia. Bagi mereka yang baca ini yang pasang iklan Nuffnang sila bagitahu saya korang dapat emel daripada Nuffnang tak?

Oklah cerita lain. Petang semalam saya  pergi Jaya Jusco Bandar Melaka. Akhirnya watak utama dan watak-watak penting saya dah beli. Bolehlah buat pai epal nanti setelah kulit dah buat. Bahan utama ialah epal hijau, serbuk kayu manis, serbuk buah pala, gula perang dan lemon. Lain-lain dah ada seperti tepung gandum dan mentega. Nanti dah buat siap saya akan tunjukkan beserta bahan yang saya buat (lengkap)

Itu sahaja saya nak coretkan. Jumpa lagi. 


Tag also: bahan inti pai epal



Inilah Rupa Watak Utama Bagi Membuat Inti Pai




Serbuk Kayu Manis, Serbuk Buah Pala, Epal Hijau, Gula Perang Dan Belakang Ialah Lemon


Sunday, July 24, 2011

Amy Winehouse Ditemui Mati Di Kediamannya

Assalamualaikum…


Ketika daftar keluar sesi emel Yahoo saya, terpampang muka hadapan Yahoo yang mengatakan Amy Winehouse mati pada usia 27. Terkejut juga saya baca berita kematian dia.

Itulah kalau kita ni tak bahagia dan tak dapat tangani tekanan dengan betul dan bergantung kepada dadah, arak dan cara makan yang tidak sihat. Setakat ini punca kematian tidak diketahui.

Lady Gaga yang gila-gila tu pun harap-harap tidak akan mengakhirkan hidup dengan cara sebegini. 

Moga kita ambil iktibar daripada kisah ini. Popular, kaya tidak bermakna kita bahagia. Bahagia datang daripada hati yang tenang dan patuh pada Allah. Moga kita kejar perkara yang betul.

Jumpa lagi. 


P.S: Saya takde minat dia, cuma ambil kisah iktibar cara hidup dia untuk renungan kita.