Nuffnang

Monday, August 1, 2011

Resipi Mudah: Pai Epal Nyum - Nyum





Assalamualaikum…

Memandangkan 2 hari tak kemaskini blog maka perlulah gantikan hari-hari tak buat dengan tulisan baru. Hari ini nak kongsi buat pai epal nyum-nyum yang mudah. Siapa-siapa yang nak cuba buat untuk buka puasa bolehlah buat yer.

Sebelum tu saya ada terangkan resipi nak buat kulit pai di sini tapi tulis balik untuk resipi lengkap.

Bahan kulit pai yang rangup

1 cawan mentega yang dipotong kiub (sejuk yang baru dikeluarkan dari peti sejuk
2 ½ cawan tepung serbaguna/ tepung gandum
½ cawan air ais (air+ais kiub)
½ sudu the garam

Cara membuat kulit
  1. Campur tepung dan garam dalam mangkuk besar.
  2. Pecahkan kiub-kiub mentega sejuk bersama campuran tepung dan garam.Gaul sebati.
  3. Selang-seli masukkan air ais dan gaul hingga tepung tidak melekat pada mangkuk.
  4. Masukkan dalam plastik dan kemudian biarkan rehat dalam peti sejuk sehingga sejam atau hingga nak guna.


Bahan inti

1/3 cawan gula perang
¼ cawan tepung serbaguna/tepung gandum
½ sudu teh serbuk buah pala
½ sudu teh serbuk kayu manis
8 biji epal hijau (buang kulit, empulur, potong 4 dan hiris setiap potongan memanjang)
2 sudu mentega
1 biji perahan air lemon


Cara membuat inti
  1. Gaul semua bahan kecuali metega dalam mangkuk adunan.


Cara membuat pai
  1. Keluarkan kulit pai dari peti sejuk.
  2. Tabur tepung pada tempat canai
  3. Bahagi 2 adunan kulit tersebut
  4. Canai doh hingga ketebalan 1-2 cm. Gris mentega pada loyang. Letakkan pada loyang atau loyang pai yang berjejari 9 inci. Pastikan kulit pai ditekan-tekan hujung loyang. Pastikan kulit pai tidak koyak.
  5.  Letakkan semua inti dan kemudian letak cebisan mentega di atas sekali. Tutup inti pai dengan kulit pai yang separuh lagi.
  6. Buat lubang pada atas kulit pai untuk memastikan wap keluar.
  7. Panaskan ketuhar pada suhu 220 darjah Celcius dan masukkan pai. Bakar sehingga 50 minit. Selepas 20 minit pertama, buka ketuhar dan letakkan cairan mentega untuk mencantikkan kulit pai (kulit pai jadi kekuningan-ini pilihan)
  8. Apabila siap, rehatkan pai untuk suhu bilik dan boleh dimakan begitu sahaja atau dengan aiskrim.



Selamat mencuba. Rasa pai yang lemak, masam dan manis.



Pai Epal Yang Baru Dikeluarkan Dari Ketuhar



Makan Begitu Sahaja


Hari Bantai- Bakar Lomang

Assalamualaikum...

Selamat berpuasa semua. Maaf lama tak menulis di blog kerana tuan blog ni balik kampung sempena hari bantai dan balik semalam petang lepas pergi PC Fair di MITC kemudian pergi makan petang makanan laut di Muara Sungai Duyung. Malam pula tuan blog ni tak sihat pula sakit kepala dan awal pagi pukul 3 pagi pula bermasalah nak buka pc umum.

Apapun alhamdulillah sekarang ini ada kesempatan nak menulis dan insyaAllah baca-baca tulisan blog yang saya ikuti.

Ok layan gambar-gambar lemang yang diambil kelmarin dan semalam. Memang hari bantai, Uwan buat lomang dan Pak Tam atau Pakcu bakar lomang untuk makan dan sedikit ada jual pada orang dengan harga RM7 sebatang.

Lemang Yang Dah Dimasak. Kanan Tu Tinggal Buluh Sahaja (Dah Dikopek)


Tempat Bakar Lemang


Jumpa lagi.