Nuffnang

Wednesday, August 17, 2011

Hari Ini Hari Istimewa. Dodol Hari Merdeka :)



Assalamualaikum...

Apabila mengenang jalur-jalur kehidupan telah saya lalui, saya bersyukur yang kehidupan saya ini dikelilingi dengan kasih sayang, kesukaran yang tidak melampau berbanding orang lain. Mudah mendapatkan apa sahaja saya nak.

Alhamdulillah tinggal di negara khatulistiwa, negara yang damai. Keselesaan tinggal di rumah yang sederhana besar.

Memikirkan saya boleh melakukan apa sahaja aktiviti tanpa rasa takut, gembira keluar untuk melakukan aktiviti. Dapat mengamalkan agama yang dianuti sememangnya satu anugerah dan kemudahan. Mudah untuk mencari tempat solat hatta di tempat membeli-belah menyedarkan agama harus dipegang utama walau di mana sahaja.
Sempena bulan kemerdekaan dan bulan Ramadan, marilah kita sama-sama merenung nikmat yang Allah berikan dan ucapkan syukur banyak-banyak kerana diberi peluang untuk merasa dengan gembira. 

Hari ini juga Nuzul Quran. Moga kita mengambil iktibar dan mengikuti ajaran seperti dinyatakan dalam al-Quran. InsyaAllah.

Hari ini juga saya nak menyatakan terima kasih kepada Iqa yang memberikan 'dodol' gambar gadis Muslimah comel yang memakai baju kemerdekaan. Iqa terima kasih memenuhi permintaan Kak Wina. Moga Allah gembirakan kamu yang menggembirakan Kak Wina.


Hari ini memang hati terasa terharu. Sentimental pula rasa.


Jumpa lagi. 



P.S: Ditakdirkan saya tinggal di perantauan, Malaysia tetap di hati :


Mesin Dodol. Gambar Dodol Akan Diletak Kemudian

Baju Kurung Idaman Untuk Dipakai Ketika Hari Raya


Perbualan 1
Ketika mak nak solat.

Mak: Na, Sabtu ni kita pergi 'shopping' baju raya, abah dah kasi duit.
Saya: Ha Na suka mak buat baju. Baju dah sedia ni macam tak sesuai saiz dengan Na.
Mak: Kita tengok je. Kalau takde baru buat.

Selama saya hidup ni, mak saya tak pernah gagal untuk buat baju kurung untuk saya walaupun sepasang untuk tahun tersebut. Entahlah saya suka baju yang mak saya buat. Kadang-kadang mak saya sibuk sangat tapi pada hari malam nak raya mak sempat siapkan. Haha teringat 2 tahun lepas pun, saya beli kain untuk buat baju raya beberapa hari sebelum nak raya. Masa tu saya di perantauan. 

Oleh sebab itu kalau orang tanya awal-awal apa warna baju raya saya, saya susah nak jawab kerana ketika mereka tanya tu memang baju raya saya belum ada. Memang kadang-kadang telah sedia ada kain 2-3-4 pasang tapi yang menentukan kain mana untuk dijahit untuk tahun tersebut saya tak tahu.

Pada keadaan sekarang, saya suka baju kurung berbanding kebaya, kebarung atau apa-apalah kan. Dahulu masa mak saya suka kasi saya cuba pelbagai jenis fesyen baju, saya dah puas rasa. Akhirnya kembali pada baju kurung. Entahlah mungkin kerana ringkas dan mudah dipakai. 

Hehe lagi satu mengapa saya suka mak saya buat baju kurung ialah sebab mesti ada poket. Poket tu mesti belah kanan. Macam baju kurung sekolah. TAPI baju kurung sekolah saya dahulu khas tau mak jahit siap letak zip. Takde alasan nak hilang duit la, hilang sapu tangan bagai. Yelah kadang-kadang bila buka baju tu, akan terbarai duit syiling jadi selamat kalau duit tu dalam poket dan takde alasan lupa bawa duit bekal ke sekolah.

Ok itu jerla cerita baju kurung. Memang baju kurung yang sedia siap takkan dapat tandingi yang mak saya buat. Kadang-kadang pergi tempah pun tak dapat lawan. Tak ikut citarasa kadang poket letak belah kiri. 

Jumpa lagi.

P.S: Hari ini buka puasa sorang-sorang, mak berbuka dengan budak-budak asrama, M berbuka dengan senior. Saya berbuka sambil tengok tv jawabnya. Gambar baju kurung 2 tahun lepas.  sini


Baju Kurung Raya

Nota tambahan: Tulisan lain mengenai baju kurung raya 2012. Klik sini