Nuffnang

Wednesday, August 17, 2011

Baju Kurung Idaman Untuk Dipakai Ketika Hari Raya


Perbualan 1
Ketika mak nak solat.

Mak: Na, Sabtu ni kita pergi 'shopping' baju raya, abah dah kasi duit.
Saya: Ha Na suka mak buat baju. Baju dah sedia ni macam tak sesuai saiz dengan Na.
Mak: Kita tengok je. Kalau takde baru buat.

Selama saya hidup ni, mak saya tak pernah gagal untuk buat baju kurung untuk saya walaupun sepasang untuk tahun tersebut. Entahlah saya suka baju yang mak saya buat. Kadang-kadang mak saya sibuk sangat tapi pada hari malam nak raya mak sempat siapkan. Haha teringat 2 tahun lepas pun, saya beli kain untuk buat baju raya beberapa hari sebelum nak raya. Masa tu saya di perantauan. 

Oleh sebab itu kalau orang tanya awal-awal apa warna baju raya saya, saya susah nak jawab kerana ketika mereka tanya tu memang baju raya saya belum ada. Memang kadang-kadang telah sedia ada kain 2-3-4 pasang tapi yang menentukan kain mana untuk dijahit untuk tahun tersebut saya tak tahu.

Pada keadaan sekarang, saya suka baju kurung berbanding kebaya, kebarung atau apa-apalah kan. Dahulu masa mak saya suka kasi saya cuba pelbagai jenis fesyen baju, saya dah puas rasa. Akhirnya kembali pada baju kurung. Entahlah mungkin kerana ringkas dan mudah dipakai. 

Hehe lagi satu mengapa saya suka mak saya buat baju kurung ialah sebab mesti ada poket. Poket tu mesti belah kanan. Macam baju kurung sekolah. TAPI baju kurung sekolah saya dahulu khas tau mak jahit siap letak zip. Takde alasan nak hilang duit la, hilang sapu tangan bagai. Yelah kadang-kadang bila buka baju tu, akan terbarai duit syiling jadi selamat kalau duit tu dalam poket dan takde alasan lupa bawa duit bekal ke sekolah.

Ok itu jerla cerita baju kurung. Memang baju kurung yang sedia siap takkan dapat tandingi yang mak saya buat. Kadang-kadang pergi tempah pun tak dapat lawan. Tak ikut citarasa kadang poket letak belah kiri. 

Jumpa lagi.

P.S: Hari ini buka puasa sorang-sorang, mak berbuka dengan budak-budak asrama, M berbuka dengan senior. Saya berbuka sambil tengok tv jawabnya. Gambar baju kurung 2 tahun lepas.  sini


Baju Kurung Raya

Nota tambahan: Tulisan lain mengenai baju kurung raya 2012. Klik sini

8 comments:

aimie amalina said...

waaaaa
speselnye bju sekolah akak wina
siap poker berzip gitu..ni mest selalu buat ilang duet or spu tgn..hihihi
aah..bes kan..bju kurung yg dibuat..sedap pkai di badan..hihihi
ayoo..betol2..mii pon suke bju kurung drpd bju lain..hihihi
sameeee!

abghani said...

zaman berzaman baju kurung tetap menjadi pilihan...syabaz 2u

maszull said...

salam wina...hasil buatan tangan ibu mmg lah seronok kalau dapat tapi mama x ada sape nak jahitkn kenalah buat sendiri je...:)

NA said...

@Mimito: Haah takde alasan duit hilang. Hehe ala dulu duit syiling yang banyak dapat. Baju kurung tetap di hati.

@Abgghani: Yeah.

@Mama Maszull: Haah ni bersyukur mak ada tolong buat :)

GaRy™ said...

memang spesel la kalau mak yang jahit... mak gary bizi sangat... tak sempat nak jahit~.. T^T

NA said...

@Gary: Wah, mak Gary pandai jahit baju Melayu eh? Takpelah sibuk tu tapi kasih sayang mak tak hilang kan? :)

nuRuL haNis said...

Yang rajin jahit baju kurung utk sekolah atau raya...nenek. Tahun ni, maksu yang buat. Nenek dah tak larat dah...huhu...

NA said...

@Nurul Hanis: Untung gak maksu buat :)