Nuffnang

Sunday, September 11, 2011

Akhirnya PC Sendiri Dah Sihat



Assalamualaikum...


Penat betul baru balik pukul 8 malam tadi. Hari ini memang hari sepanjang masa di jalan raya sekitar Ulu Klang, Ampang Jaya dan Cheras. Dahlah jalan sesak. Balik Melaka pun lagi lama rasanya sebab ada 2 tempat kena singgah. Ditambah dalam kereta Innova tu saya macam sardin dengan Mak Lang, Uwan, Wan Nah, Y, Adiva, Amin (sepupu), tak lupa mak dan abah. Masing-masing pangku makanan yang dibawa dan saya pangku cpu takmo terhentak. Sakit oo memangku lama-lama benda berat ni. Kebas kaki. Apapun ini bermakna PC saya dah sihat. Hehe. Dah tengok tadi. Memula tak menyala gelabah konon salahkan ada waktu terlambung dalam kereta mungkin punca cpu takmo hidup. Sekali ada soket tak pasang. Wawawa gelabah. Apapun tengok sekejap lepas tu tutup pc sendiri sebab penat dan tidur jap tadi (lagipun dah dapat nasihat percuma daripada Uncle Duan suruh rehatkan pc kalau tak pakai)Maka gambar belum dimuat naik lagi. Sabar ok. Hehe tapi sebenarnya tak banyak pun. Bila dah jalan-jalan jauh ni, perasaan nak ambil gambar tu takde sebab faktor-faktor dinyatakan di atas. Tapi korang bayang jerla saya melalui masa yang panjang dengan makan. Hehe. Tak dapat bayang ke? Nak lukis tak reti.


Ok itu sahaja nak beritahu. Nanti kemaskini hal ini dibuat dari masa ke semasa. Jumpa lagi.

Gambar Arkib


P.S: Saya dapat duit raya. Terkedu dalam kepenatan.

Saturday, September 10, 2011

Pendapat: Mengapa Susah Nak Minta Maaf? IF : AND or OR (FORGIVE, FORGET)




(Tulisan kehadapan- auto post dikarang lebih awal)
 
Assalamualaikum...


Kebelakangan ini saya ada terfikir mengenai pasal memaafkan orang dan melihat pos LAMA saya pernah buat mengenai mengapa susah nak minta maaf dan formula memaafkan dan melupakan.


Setiap orang ada cara/pandangan untuk formula memaafkan dan melupakan. Ok nak cerita pasal saya yang memang susah nak maafkan kalau kesilapan yang dibuat sangat mengguris hati dan berulang-ulang. Ini memang saya takkan berikan kemaafan. Di sebaliknya kalau kesilapan kecil yang tidak disengajakan dan orang itu memang sungguh-sungguh kesal atas perbuatannya dan berubah macam Seth Tan dalam Nora Elena tu memang patut diberi kemaafan.


Jadi kalau saya mendiamkan diri dengan orang yang buat salah tu maknanya saya tak maafkan orang tu. Nampak kejam? Saya rasa tidak kerana ingin memberi 'pengajaran' pada pelaku tersebut supaya insaf dan berubah.

Apa pula cara/prinsip korang dalam hal ini?

Pos yang berkaitan.