Nuffnang

Monday, September 19, 2011

Ketinggalan Keretapi Malam



Assalamualaikum...


Terlewat menjelajah blog untuk sesi malam. Pukul 2 pagi baru buka balik blog dan melawat mereka yang komen. Minta maaf gambar masih belum dimuatnaik lagi. Mungkin akan buat satu pos untuk gambar-gambar yang diambil. Mungkin letak dalam pos Tiada Kata Untuk Hari Rabu? Tepek gambar banyak-banyak.

Apapun saya gembira baca pos blog yang dilawati tadi hampir 99% mengharungi hari minggu dengan riang-ria cuma ada sorang blogger ni berduka. Moga tabah ok dengan kesedihan yang dialami.


Ok itu sahaja nak beritahu. Adeh seperti biasa layan gambar arkib tu yer.


P.S: Tak suka nak ambil gambar daripada google sebab takut terikat dengan hakcipta pula.





Sunday, September 18, 2011

Pendapat: Tahi Lalat Di Tapak Kaki



(Tulisan Kehadapan- Auto post)

Pada suatu hari pada tahun 2001 masih di bulan Syawal, saya ke Ampang Point untuk mendapatkan urutan refleksologi.


Pengurut: Kuat berjalan dan suka berjalan kan?


Saya: Haah. Mana tahu?


Pengurut: Tahi lalat pada tapak kaki.


Saya: Oh ya ke? (Dalam hati: Ingatkan dia urut tu boleh rasa kaki banyak digunakan untuk berjalan ke, rupanya tengok tahi lalat)



Betul ke kalau ada tahi lalat di tapak kaki maksudnya orang tu suka dan rajin berjalan?