Nuffnang

Monday, June 1, 2015

Susah Senang

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum... 

Banyak perkara baru diri ini perlu belajar di rumah yang belum biasa. Hidupkan api pemanas ala siri Survivor. Gunakan kayu api. Perkara remeh seperti letakkan sarung pada comforter. Pada orang lain senang tapi bagi diri ini terasa sukar. Mencari arah kiblat pun diri ini teringat pada tips untuk lihat sesungut menghadap ke arah mana. Itulah kiblatnya. Apabila dah dapat sambung ke internet rujuk pada laman islamicfinder. Nasib baik betul tips tersebut.

Soalan yang remeh diajukan orang asing bagiku senang. Bukan semua orang mempunyai pengetahuan yang sama seperti kita. Bersedia untuk menjawab dengan sebaik dan sejelas mungkin.

Tidak pasti bagaimana mengharungi puasa diri ini di sini? Mudah atau susah? Salah satu. Entah mengapa pengembaraan diri kali ini tidak menyeronokkan. Mungkin kerana penanda aras telah diri ini letakkan atau membuat perbandingan pada pengembaraan yang lalu. Diakui pengembaraan yang lalu tidaklah mudah juga TAPI mungkin perasaan menghadapi pengembaraan itu BERBEZA. Pengembaraan terasa SUSAH jika tidak gembira. Mungkin itu penyebabnya. Diri masih menebak punca perasaan tidak seronok ini. Harap-harap sementara waktu.

Maaf tulisan kali ini berat dengan perasaan. Saya cuba memikirkan punca rasa susah senang ini.

P.S: Sekurang-kurangnya maklumat baru dapat.

 

Saturday, May 30, 2015

Pertama Kali

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Alhamdulillah, saya sudah selamat sampai ke Christchurch. Sekarang ini sejuk gila. Musim sejuk sudah kembali. Pertama kali untuk segalanya. Pertama kali menghadapi musim sejuk. Tidak mudah. Ketika ini saya menyarungkan 2 baju sejuk. Pertama kali menaiki kapal terbang seorang diri tanpa ditemani sesiapa dari KL ke Melbourne. Mujur di Melbourne adik ipar ambilkan di lapangan terbang. 

Masih menyesuaikan diri di rumah baru. Apabila menghadapi sesuatu perkara baru atau berbeza tentu sahaja terpaksa mencari penyelesaian. Contohnya kedudukan bilik tidur, kata kunci wifi untuk telefon bimbit, arah kiblat dan segala-galanya yang dianggap remeh perlu diambil tahu kerana ia mempengaruhi kehidupan seharian kita. 

Buat masa ini tidak selesa tetapi lama kelamaan insya Allah dapat sesuaikan diri.

Setuju tidak dengan pendapat saya? Boleh tinggalkan komen.