Nuffnang

Sunday, May 24, 2020

Juadah Berbuka Dan Hari Raya 2020

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Alhamdulillah berbuka puasa terakhir dengan nasi impit, rendang daging dan sambal udang. Awal juga mak siapkan dalam pukul 3 petang. Tolong mak racik daun kunyit dan daun limau purut. Sebahagian rendang daging letak daun kunyit dan daun limau purut. Abah nak ada daun limau purut. Sebahagian rendang tak letak limau purut, mak tak makan. Begitulah kalau selera berbeza. Saya ikut je tapi suka ada dua-dua daun tu. Saya asalkan makanan pedas jadi sambal udang memang ikut selera tekak.


Rendang daging bersama daun kunyit
Rendang daging dengan daun kunyit
Sambal udang
Sambal udang


Nanti makan lagi esok untuk juadah hari raya. Ada orang nak datang esok jadi kemas meja makan besar untuk tetamu. Mak Lang dan anak-anak serta cucu. Kuih dan kerepek beli je.



Saturday, May 23, 2020

Syukur: Cabaran Kesyukuran Hari 26-30

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Akhirnya kita di garisan penamat. Alhamdulillah. Coretan cabaran Kesyukuran Ramadan dari hari ke-26 hingga 30.

Cabaran Puasa Hari Ke-26: What voyage are you grateful for?

Pengembaran hidup memang macam roller-coaster. Sekejap di atas, sekejap di bawah. Sekejap mendebarkan, terjerit ketakutan. Apapun akan sampai ke destinasi pegun. Ia akan dikenang dan diingati.
Pengembaran yang saya syukuri ialah ketika saya bersekolah di pelbagai tempat. Macam orang nomad gayanya. Saya belajar untuk menyesuaikan diri dan terima keadaan. Ada tempat dapat rakan-rakan sekolah yang seronok. Ada kala tidak. Ada sekolah azab betul tapi saya selalu ingat saya akan pindah lagi. Haha lebih 10 kali saya pindah daripada darjah 1 hingga tingkatkan 5. Nasib baik sekolah terakhir tu elok sedikit.

Cabaran Puasa Hari Ke-27: What Quranic verse are you grateful for?

Ayat ke-6 surah al-Fatihah. Tunjukkan kamu jalan yang lurus.

Cabaran Puasa Hari Ke-28: What in day-to-day life are you grateful for?

Bangun pagi. Masih hidup lagi.

Cabaran Puasa Hari Ke-29: What talent are you grateful for?

Bakat berangan. Bakat simpan rahsia orang. 
Fikir positif kalau orang buat jahat pada kita.

Cabaran Puasa Hari Ke-30: What blessings are you grateful for?

Masa lapang yang banyak. Masa untuk diri sendiri. Me time.
Duit.
Fikiran yang boleh bezakan baik dan buruk.
Ibubapa.

Sekian. Tamat sudah Cabaran Kesyukuran Ramadan. Harap tulisan saya memberi kesan yang positif. Jumpa lagi.