Nuffnang

Sunday, July 4, 2021

Kunyit Hidup Dan Nostalgia Pindah Rumah

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Pagi tadi masa hendak buang bahan makanan untuk makhluk Allah ternampak bakul isi kunyit hidup. Hati berbunga gembira sebab sebelum ini memang hendak beli kunyit hidup tapi tidak kesampaian. Gembira lagi sebab banyak kunyit. Boleh buat stok makan mentah untuk saya. Tidak perlu risau.

Kunyit Hidup



Tapi saya tertanya-tanya bila emak tanam kunyit hidup. Setahu saya emak kata dia tanam halia. 

Persoalan berlegar-legar apabila masuk rumah. Sebelum itu nampak pisang-pisang muda yang banyak. Memang buat kerepek selain goreng pisang dan pengat.

Pisang Muda



Tidak lama emak masuk dapur basah terus tanya emak. "Emak, bila emak tanam kunyit hidup?" 

Emak cakap itu daun kunyit guna buat rendang itu. Jadi tentulah ada kunyit dalam tanah.

Dang. Rasa macam orang bangang. Haha. Nampak benar tidak ambil berat pasal tanaman. Hendak gelak pun ada. Selama ini nampak daun kunyit tidak fikir ada kaitan dengan kunyit hidup.

Di sini tanah luas boleh tanam tanaman dapur dan buah-buahan. Sudah 5 tahun di Durian Tunggal. Ingat lagi pindah ketika pertengahan puasa. Azab angkut barang, kemas rumah dan bilik. Hari itu berbuka puasa sempoi gila dan kepenatan tidur awal. Nasib baik ada adik bongsu tolong.

Ok itu sahaja coretan kali ini. Jumpa lagi.

P.S : Kalut fikiran.

Thursday, July 1, 2021

Kembali

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Alhamdulillah telefon Lenovo kembali ke tangan saya setelah seminggu lebih masuk wad.

Begitu gigih hantar baiki dan kali ini ke tempat lain. Alhamdulillah benda yang saya hendak baiki sejak 2-3 tahun lepas, orang ini dapat buat. Harap bertahan lama. Saya seorang sentimental. Jenis sayang barang. Kalau sayang memang susah hendak lepaskan (termasuk orang). Lagipun ini asalnya telefon emak saya punya. Mesti korang cakap baik beli baru daripada baiki. Ada cakap pada diri juga tapi tidak sampai hati tengok telefon ini. Saya akan pakai sampai memang tidak boleh. Haha sentimental betul.

Jangan salah faham, telefon ini untuk tulis blog, layari internet, blog dan main permainan. Saya ada telefon lain untuk panggilan dan whatsapps. Telefon ini buat saya rajin merayap ke blog-blog orang. Harap ia jadi ladang pahala untuk saya.

Untuk mereka yang saya lama tidak singgah, minta maaf ya sebab sebelum itu saya tidak dapat masuk blog anda jadi tumpu pada blog-blog yang boleh. Jadi terbatas ketika itu. Insya Allah saya akan balas yang datang melawat tinggalkan komen yang belum saya lawat.

Jumpa lagi. 

P.S: Boleh tahan trafik blog bulan Jun. Selamat datang bulan Julai!