بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...
Alhamdulillah syukur pada Allah bungkusan ini cepat dan selamat sampai. Puan Ujie ada beritahu bungkusan sudah dipos dan diberi nombor rujukan. Memang tidak payah kesan di mana barang ini, ia sudah sampai depan pagar pada waktu tengahari ketika menonton #Qurantime. Jadi keterujaan untuk membuka kena tunggu habis siaran tv.
Saya buka berhati-hati. Apabila dibuka ada bungkusan lutsinar. Ternampak tulisan 'Living Traveling Share From Yours Nice To Meet You'. Wah sejak-menjak ini bloggers suka beri barang dengan kata-kata indah dah puitis.
Apabila dibuka ternampak beg sandang kecil warna biru denim bahkan gunakan kain denim. Siap ada tali panjang beserta rantai kunci nama saya dan buku terjemahan daripada Hamka bertajuk 'Margaretta Gauthier'. Siapakah Margaretta Gauthier? Tidak sabar hendak baca.
Terima kasih Puan Ujie atau nama penuh ialah Fauziah Othman yang sekarang berkelana di Simpang Empat, Pulau Pinang. Pemilik blog Titian Perjalanan. Seronok baca pengembaraan hidup meneroka tempat baru di Pulau Pinang atau tempat-tempat dilalui/singgah. Tidak lupa ulasan buku, masakan dan pelbagai isu. Seronok baca, ada aura positif apabila baca. Kalau berminat boleh layari ujieothman.blogspot.com
Terima kasih beri hadiah. Ia akan menjadi kenangan manis ketika berblogging. Terima kasih juga menulis sesuatu yang kadang-kadang menyentuh hati saya. Insya Allah. Sempena ulang tahun ke-10 blog, saya ucapkan tahniah dan semoga Puan Ujie akan terus menulis dalam blog nanti walaupun blog tidak popular seperti media lain. Amin. Selamat maju jaya.