Nuffnang

Sunday, September 5, 2021

Terima Kasih, Azhafizah

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Alhamdulillah dapat kepala blog(header) dan penanda gambar (watermark) daripada Fiza sebab jadi salah seorang daripada 10 teratas tukang komen bulan Ogos. 

Terima kasih Fiza atas susah payah menciptanya. Saya letak di sini untuk kegunaan akan datang apabila ingin gunakan. Muat turun 2 dahulu.

Kepala 

Tandatangan/ Penanda Gambar

Sebenarnya kepala yang diberi Fiza boleh digunakan untuk buat penanda gambar sebab ia tulisan semata-mata jadi sesuai letak pada gambar. Macam di bawah ini.

Header Pada Gambar



Ambil gambar tahun lepas ketika boleh makan di kedai. Teringin hendak makan yong tau fu. Masa ini dengan Uwan sekali. Apabila edit gambar ini rasa rindu pula. Takpelah ikut aliran keadaan. Sabar dahulu.

Rasa rajin boleh terus buat untuk pos-pos akan datang. Hehe perlukan kerajinan juga sebenarnya.

Jumpa lagi. Terima kasih sekali lagi kepada Fiza.

Thursday, September 2, 2021

Nasi Kukus Tonggek

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Pertama kali dengar nama Nasi Kukus Tonggek. Nama yang sangat menangkap.

Kotak makanan dengan slogan yang boleh kita tersenyum. 'Make Nasi Kukus Tonggek Great Again.'

Kotak Pembungkusan Nasi Kukus Tonggek Versi Merdeka



Pertama kali  juga merasa Nasi Kukus Tonggek Pece Lele. Ia disertakan sambal (dalam kotak) dan kari kosong. Rasa bolehlah. Tiadalah sedap sangat sebab pernah makan lagi sedap. Sambal pun tidak pedas dan nasi kukus itu pun macam tiada beza makan nasi biasa.

Nasi Kukus+ Pece Lele+ Sambal (Terlindung Di Sebalik Pece Lele) Dan Timun

Bolehlah sesiapa hendak cuba. Rupanya popular dan banyak outlet Nasi Kukus Tonggek. Siapa pernah makan?