Nuffnang

Thursday, September 16, 2021

Tarikh Lahir - 10 Safar

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Malam ini selepas Maghrib 10 Safar 1399 ialah tarikh lahir saya.  Diakui kurang ambil perhatian untuk tarikh lahir Hijrah. Malah dalam blog pun tidak pernah dinyatakan sebelum ini.

Saya lupa hari apa saya dilahirkan. Korang tahu tarikh lahir Hijrah? Kongsi pada saya. Mana tahu ada yang sama. Seronok juga dapat tahu.

Jangan lupa baca Surah Yassin, Al-Kahfi.

Ayat 45 Surah Al-Kahfi maknanya:

Dan buatkanlah untuk mereka (manusia) perumpamaan kehidupan dunia ini, ibarat air (hujan) yang Kami turunkan daripada langit, sehingga menyuburkan tumbuh-tumbuhan di bumi, kemudian (tumbuh-tumbuhan) itu menjadi kering dan mudah diterbangkan angin. Dan Allah Maha Berkuasa atas segala sesuatu.

Monday, September 13, 2021

Ketupat Daun Palas, Sambal Dan Serunding Kelapa

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Hari Isnin hari menggembirakan kerana abah dan emak akan berpuasa maka makanan yang jarang dapat dinikmati akan dibeli secara bungkus.

Minggu ini makanan yang terpilih ialah ketupat daun palas bersama sambal dan serunding kelapa bersama hirisan serai. Rasanya ada di tempat-tempat tertentu di Melaka. Sambal itu ikut tempat ada pedas sangat.


Ketupat+Sambal+Serunding Kelapa


Selalu jumpa ketika waktu sarapan pagi. Ringkas tapi sedap. Makanan vegan. Kenyang juga walaupun sebiji ketupat yang lembut dan besar. Sambal ini tidak pedas sangat.

Sebiji Ketupat Bersama Sambal Dan Serunding Kelapa


Sekali lagi beli di sekitar kawasan perumahan lama.

Ok jumpa lagi edisi makan makanan bungkus.