بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...
Maaf dipinta. 3 minggu menghilang. Telefon khusus untuk tulis blog bermasalah tidak boleh dihidupkan pada minggu terakhir Ramadan jadi terpaksa hantar ke bengkel. Hantar pun lewat iaitu 4 hari sebelum Syawal (Khamis). Hari ini baru ambil telefon semula. Terbang RM70 untuk gantikan ic.
Terima kejutan tidak disangka iaitu kad raya daripada Shida Radzuan ketika menyepi.
Rindu untuk tinggalkan komen pada blog yang dilawati.
Sesuai masa ini sebab tidak sibuk.
Minggu pertama Syawal memang sibuk beraya. Lepas itu keluarga saya buat rumah berbuka pada Sabtu minggu pertama Syawal.
Lepas itu minggu ke-2 Syawal macam keadaan kurang memberangsangkan sebab adik ipar kena Covid lepas itu adik dan anak-anaknya kena. Risau mereka hendak balik ke luar negara Sabtu lepas. Jadi mereka kuarantin diri daripada kami. Pertama kali saya buat ujian RTK sebab kontak rapat. Alhamdulillah kami negatif tapi itulah saya tidak sihat. Gusi kanan dan tekak sakit. Uji lagi hari ke-3 alhamdulillah masih negatif. Hikmahnya tidak makan banyak dan saya buat puasa ganti. Apabila puasa sakit itu tidak mengganggu sangat.
Minggu ke-3 pula sambung puasa sunat. Saya buat asing puasa wajib dan sunat. Ketika puasa tidak minum kopi susu. Saya agak itu penyebabnya selain saya rasa sebab banyak mengunyah dan makan makanan pedas ketika minggu pertama Syawal. Hehe. Alhamdulillah ok sudah gusi dan tekak.
Maaf tiada gambar. Nanti saya lawat blog perlahan-lahan ya. Hehe betul-betul rehat tulis dan komen blog orang.
Jumpa lagi.
P.S: Harap tiada lagi masalah telefon ini. Amin.