Nuffnang

Friday, May 20, 2022

Kopi Susu Oh Kopi Susu

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Hari terakhir puasa. Esok dan Ahad rehat sekejap berpuasa sebelum sambung 2 hari lagi untuk habiskan puasa sunat. Baru boleh hela nafas lega.

Sepanjang 11 hari puasa saya elakkkan minum kopi langsung. Tidak mahu ada rasa badan berangin. Alhamdulillah sepanjang puasa boleh elakkan pada hal ketika Ramadan memang hendak sangat minum ketika berbuka. 

Lagipun serbuk kopi tinggal sedikit jadi alasan juga tidak minum. Tapi semalam abah beli pek isi semula Indocafe. Sudah. Abah tidak tahu niat diri ini untuk cuba berhenti minum kopi susu selama-lamanya.

Serbuk Mikro Kopi



Memang letak lidi dalam bekas. Petua elak berketul serbuk mikro kopi atau boleh guna kayu aiskrim.

Tengok berapa lama saya bertahan. Tapi ketika buka atau sahur berbaki 2 hari memang saya tidak akan sentuh. Jangan cari nahas nanti sakit macam hari itu. Balun kopi susu banyak. Beringat juga usia sudah meningkat tidak boleh minum seperti dahulu. Lagipun kopi ini buat ketagih. Mula-mula minum sedikit nanti makin lama makin meningkat kuantiti.

Ok itu sahaja luahan kali ini. Jumpa lagi.

Wednesday, May 18, 2022

Selamat Hari Raya Aidilfitri

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Maaf dipinta. 3 minggu menghilang. Telefon khusus  untuk tulis blog bermasalah tidak boleh dihidupkan pada minggu terakhir Ramadan jadi terpaksa hantar ke bengkel. Hantar pun lewat iaitu 4 hari sebelum Syawal (Khamis). Hari ini baru ambil telefon semula. Terbang RM70 untuk gantikan ic.

Terima kejutan tidak disangka iaitu kad raya daripada Shida Radzuan ketika menyepi.

Kad Raya Daripada Shida Radzuan



Rindu untuk tinggalkan komen pada blog yang dilawati.
Sesuai masa ini sebab tidak sibuk. 

Minggu pertama Syawal memang sibuk beraya. Lepas itu  keluarga saya buat rumah berbuka pada Sabtu minggu pertama Syawal.

Lepas itu minggu ke-2 Syawal macam keadaan kurang memberangsangkan sebab adik ipar kena Covid lepas itu adik dan anak-anaknya kena. Risau mereka hendak balik ke luar negara Sabtu lepas. Jadi mereka kuarantin diri daripada kami. Pertama kali saya buat ujian RTK sebab  kontak rapat. Alhamdulillah kami negatif tapi itulah saya tidak sihat. Gusi kanan dan tekak sakit.  Uji lagi hari ke-3 alhamdulillah masih negatif. Hikmahnya tidak makan banyak dan saya buat puasa ganti. Apabila puasa sakit itu tidak mengganggu sangat.

Minggu ke-3 pula sambung puasa sunat. Saya buat asing puasa wajib dan sunat. Ketika puasa tidak minum kopi susu. Saya agak itu penyebabnya selain saya rasa sebab banyak mengunyah dan makan makanan pedas ketika minggu pertama Syawal. Hehe. Alhamdulillah ok sudah gusi dan tekak.

Maaf tiada gambar. Nanti saya lawat blog perlahan-lahan ya. Hehe betul-betul rehat tulis dan komen blog orang.

Jumpa lagi.
 
P.S: Harap tiada lagi masalah telefon ini. Amin.