بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...
Hari terakhir puasa. Esok dan Ahad rehat sekejap berpuasa sebelum sambung 2 hari lagi untuk habiskan puasa sunat. Baru boleh hela nafas lega.
Sepanjang 11 hari puasa saya elakkkan minum kopi langsung. Tidak mahu ada rasa badan berangin. Alhamdulillah sepanjang puasa boleh elakkan pada hal ketika Ramadan memang hendak sangat minum ketika berbuka.
Lagipun serbuk kopi tinggal sedikit jadi alasan juga tidak minum. Tapi semalam abah beli pek isi semula Indocafe. Sudah. Abah tidak tahu niat diri ini untuk cuba berhenti minum kopi susu selama-lamanya.
Serbuk Mikro Kopi |
Memang letak lidi dalam bekas. Petua elak berketul serbuk mikro kopi atau boleh guna kayu aiskrim.
Tengok berapa lama saya bertahan. Tapi ketika buka atau sahur berbaki 2 hari memang saya tidak akan sentuh. Jangan cari nahas nanti sakit macam hari itu. Balun kopi susu banyak. Beringat juga usia sudah meningkat tidak boleh minum seperti dahulu. Lagipun kopi ini buat ketagih. Mula-mula minum sedikit nanti makin lama makin meningkat kuantiti.
Ok itu sahaja luahan kali ini. Jumpa lagi.