بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...
Saya baru perasan kewujudan aiskrim Snickers ini padahal sudah lama beraya di pasaran.
Terperasan ada peti ais dengan gambar Snickers dan Mars di luar tempat pembayaran stesen minyak Petronas MITC. Akhirnya tergerak beli. Ada 2 jenis aiskrim Snickers rupanya. Satu harga RM4.50 dan satu lagi tidak silap RM5.50 atau RM6.50. Saya pilih yang pertama seberat 66 gram. Pembungkusan luaran memang sama dengan Snickers asal. Adakah sama rasanya?
|
Aiskrim Snickers |
Potong untuk lihat keratan rentas di dalamnya. Lapisannya lebih kurang seperti asal tapi bahagian bawah sekali (warna coklat muda) itu aiskrim. Bahagian atas ialah kacang yang dipanggang bersama karamel. Perasan tiada warna putih yang mewakili nougat. Apapun makan versi sejuk ini tidak mempengaruhi ketiadaan nougat. Ia sangat sedap. Sama sahaja makan yang asal. Aiskrimnya menyokong kekosongan perasan nougat.
|
Keratan Rentas Kiri Ke Kantan: Kacang Panggang, Karamel, Aiskrim |
Rasanya saya akan beli lagi tapi sebelum itu saya ingin cuba pilihan ke- yang harga RM5.50/RM6.50. Tiada kekesalan selepas makan. Snickers adalah snek coklat yang saya suka sekali. Satu masa dahulu ketika sekolah menengah (Tingkatan 3-5) saya selalu beli ketika berjalan di tengah bandar. Ia sangat memberi kepuasan.
Ia mengembalikan memori. Sekarang tidak boleh tiru makan berdiri sebab tidak elok. Makan kena duduk.
P.S: Korang ada snek yang menggamit memori?