بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...
Semalam memang hari 'me time' sebab tinggal seorang, Azim ikut Atuk dan Uwan ke klinik dan seterusnya hantar dia ke rumah neneknya belah ayah ke Bukit Beruntung, Selangor. Jadi saya seorang di rumah. Ambil masa terluang tengok tv yang sebelum ini dikuasai anak-anak buah, makan, kemas rumah. Blog dan internet terabai semalam. Cuma petang sedikit dan malam baru berkesempatan buka.
Pukul 11 malam lebih tergerak buka emel dan ternampak emel daripada Puan Fiza. Buka emel dan dia kata hadiah saya dalam perjalanan. Saya balas emel kata kalau sampai saya beritahu. Saya buka laman track & trace JnT, masukkan nombor bungkusan. Tengok-tengok status sudah sampai. Berderau darah saya sebab saya tidak dengar bunyi kenderaan kecuali untuk parcel adik saya. Saya tengok waktu status dihantar. Ia tertera pukul 3 petang lebih. Parcel adik saya ambil sebelum Zohor dalam pukul 11 lebih. Turun bawah tengok nama pada bungkusan. Memang bukan saya punya.
Buka kunci rumah dan bergegas ke tembok depan rumah. Rasa lega dalam kegelapan malam, nampak kotak segi empat tepat berbalut hitam atas tembok. Terus ambil bawa masuk naik atas. Emel lagi kepada Puan Fieza kata barang sudah sampai. Lega dalam keadaan elok bungkusan. Syukur hari tersebut panas terik dan malamnya berangin tidak hujan. Alhamdulillah.
Terus buka. Terpampang nama hadapan dalam bahasa Jawi.
|
Hadiah Nazia Sejadah |
Keluatkan dan bentangkan sejadah. Alhamdulillah terbentang nama penuh pada bucu kanan dan kiri.
|
Nama Terukir Pada Kanan Dan Kiri Sejadah |
Insya Allah saya akan gunakan. Belum rasmikan sebab kebetulan semalam hari pertama uzur.
Terima kasih Puan Fieza beri hadiah praktikal untuk dibawa ke masjid juga. Sejadah Nazia. Kali ke-2 terpilih sebagai tukang komen terbanyak. Semoga Puan Fieza dimurahkan rezeki dan segala hajat diberikan Allah. Alhamdulillah semalam Jumaat hari yang indah kerana permintaan saya dimakbulkan Allah.
Oklah itu sahaja coretan. Jumpa lagi.