Nuffnang

Thursday, January 5, 2023

Mengapa Saya Suka Bulan Januari?

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Idea datang hendak tulis lepas baca pos Puan Nur-pemilik blog kaitdanlari.blogspot.com. 

Saya suka bulan Januari ini kerana:

  • Matahari lambat terbenam. Walaupun bukanlah terbenam pukul 9 atau pukul 11 Jadi beranganlah macam musim panas untuk 4 musim. 

  • Cuaca tidak panas sangat. Angin sejuk ada buat cuaca nyaman.

  • Bulan kelahiran saya!

Oklah sebenarnya tiada mood sangat sebab hidung tersumbat masa tidur masih ada lagi. Tapi gembira lepas sudah lama berjaya untuk nikmati sinaran matahari 


Saturday, December 31, 2022

Menjelang Tahun Baharu

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Pejam celik sudah pada penghujung tahun 2022. Sekarang ini tinggal seorang. Adik perempuan (nombor 2) ada hari keluarga. Adik nombor 3 sudah balik ke sarangnya di Auckland dan adik bongsu pula hari ini berpindah dari Rawang ke Kota Damansara. Hehe saya cakap ini tempat orang kaya di Kota Damansara. Dekat pula dengan IKEA. Apapun rumah adik bongsu dekat dengan Sungai Penchala rumah arwah datuk belah abah. Jadi raya tiada masalah untuk selalu singgah sini.

Emak dan abahpun turut serta tengok rumah adik. Saya pula asal hendak ikut tapi apabila hendak kemas baju, badan rasa lesu. Penangan ubat. Jadi malas ikut. Insya Allah esok pergi kenduri kahwin di Tampin. 

Kesihatan pula rasanya 90%. Tidak berani kata sembuh 100% sebab takut datang balik seperti sebelumnya. Jadi rehat dan perhatikan keadaan diri dari masa ke masa.

Alhamdulillah rezeki daripada blog, dapat duit RM30 daripada Abam Kie kerana terpilih ( nombor 3) sebagai tukang komen terbanyak. Ini kena konsisten komen sepanjang tahun 2022. Cabaran juga sebab ada halangan tidak dapat komen.

Harap tahun 2023 lebih baik daripada 2022.