بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...
Walaupun tahun ini sambut keraian harijadi sehari awal di Hotel La Crista dengan kurang sihat lagi tapi alhamdulillah rasa kemeriahan.
Adik bongsu hadiahkan termometer. Asalnya saya suruh dia tolong belikan termometer yang bagus atau bawa termometer dia dari rumah. Dapat termometer jenama Watson's 2 cara mengambil suhu iaitu di dahi dan telinga. Terima kasih. Jadi keperluan sebab kejap elok kejap panas.
Hari Jumaat kali ke-2 klinik lagi. Hidung tersumbat mengganggu dan tekak merah dan kering. Banyak dapat ubat dan buat ujian Covid. Alhamdulillah negatif.
Moga saya sabar hadapi ujian ini.
Lompat bintang kalau sudah sembuh betul. Tidak sabar hendak ke masjid.