بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...
Sekarang ini alhamdulillah demam tiada lepas dapat termometer daripada adik. Memang perhati suhu diri sendiri selalu.
Cuma sekarang masih hidung tersumbat. Tiadalah saya pergi jumpa doktor lagi. Sekarang usaha dengan cuba secara bahan semula jadi. Kena sabar tunggu hasil.
Dahulu saya kena terseliuh teruk sampai tidak dapat jalan betul. Solatpun pernah solat duduk atas kerusi. Lama juga proses sembuhnya. Sembuh perlahan-lahan bukan terus elok. Saya pernah nazar tapi saya hendak keputusan cepat jadi tidak berjaya elok. Saya jumpa doktor, jumpa doktor pakar, urut dan makan vitamin. Guna segala minyak, minyak pati. Akhirnya sembuh dengan izin Allah. Sekarang boleh jalan lama, berdiri lama dan lari. Tidak tahu mana satu cara yang buat berkesan. Usaha sahaja apa terdetik dan doa tentunya. Ia mengambil masa 3 tahun, 2016-2019.
Jadi saya kena ingatkan diri supaya sabar. Kesembuhan 100% dengan izin Allah. Apapun saya kena bersyukur sekarang, saya tidak demam, selera makan kembali. Memang ikut hati hendak sembuh betul dengan cepat.
Nanti saya coretkan apabila saya sembuh 100%. Saya tidak buat nazar sebab jenis saya hendak cepat. Takut ambil masa dan saya lupa nazar saya. Hehe.
Doakan saya ya.
P.S: Manusia selalu hendak cepat dapat hasil.