بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...
Rasa julung kali kenduri kahwin buat hari Isnin. Terkejut juga terima jemputan hari Isnin. Apapun jemputan diterima.
Konon hendak pergi pada pukul 10:30 pagi tapi lewat. Hampir ke pukul 11 baru keluar rumah. Jadi lalu lebuhraya. Banyak juga kereta tapi perjalanan lancar.
Sampai pukul 12 tengahari lebih. Sedang elok waktu makan cuma kami kena berpecah makan di meja-meja yang ada kerusi kosong sebab tiada satu meja yang betul-betul kosong.
Adik saya cakap ada rendang rusa. Tidak ambil sebab ingat rendang daging. Saya sudah ambil lauk daging masak hitam. Lauk semua sedap-sedap. Pencuci mulut macam koci, badak berendam, apam balik dan cendolpun saya rasa. Sejak elok demam ini, selera ok, makan semua ada rasa. Cendol itu makan sedikit buat syarat. Haha teringat baru baik batuk. Air batu ini takut daripada air tidak masak.
Balik dapat cenderamata beras Moghul Faiza Basmathi 250 gram dalam kotak cantik. Budak-budak dapat meringue dalam plastik.
Sampai rumah pukul 3 petang lebih sebab singgah Rembau ambil seorang lagi anak buah dan ikut jalan dalam di mana ada jalan sibuk.
Salam bulan Rejab. Insya Allah akan kembali puasa sinar nanti. Persediaan menuju Ramadhan.