بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...
Minggu lepas belilah kacang kuda. Teringat pos Puan Ujie. Mula-mula pergi seksyen makanan tin ambil yang dalam tin. Kemudian teringat ada versi kering. Beli juga tapi ini ambil tidak banyak jadi harga RM1 lebih. Lagipun tidak yakin pandai rebus sampai empuk.
Selasa minggu ini tergerak hendak makan jadi ambil separuh yang kering rendam dalam periuk dan tutup. Buat malam jadi biarkan semalaman. Petang esoknya barulah rebus. Buang air rendaman guna air baru menutupi kacang kuda yang sudah kembang. Letak sedikit garam. Tenggek atas dapur. Nampak air jadi sedikit, tambah air untuk menutupi kacang kuda semula. Selepas itu, saya ambil satu cuba potong dua. Kalau mudah potong maknanya sudah empuk. 2-3 kali juga buat. Maaf tidak tengok tempoh masa. Kali terakhir potong tengok hampir empuk baru saya letak sedikit garam. Tutup api, tutup periuk. Bagi sejuk sedikit (suam).
Apabila buka periuk, alhamdulillah empuk dan masin yang sesuai. Hehe pertama kali buat jadi rasa gembira.
Kena tunggu lambat sedikit untuk rebus lagi sebab abah dari Thailand bawa kacang badam dan gajus. Kunyah ini dahulu.