Nuffnang

Saturday, April 1, 2023

10 Ramadan: Setahun Berlalu

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Lama menghilang. Hehe sibuk benda lain jadi blog sendiri terabai. Ada juga jalan-jalan di blog tapi kurang sedikit.

Alhamdulillah sudah Ramadan ke-10. Saya seorang di rumah! Akhirnya dapat buat apa-apa disukai. Sebelum ini rumah ini banyak dikuasai anak-anak buah. Penat dengan mereka juga. Kecoh dan bising budak-budak tidak puasa dan yang baru belajar puasa dan yang sudah biasa berpuasa. 6 orang anak buah daripada umur 12 hingga 2 tahun. Apapun seronok juga ajar banyak buah yang baru berpuasa untuk niat setiap malam. Baca doa buka dan makan bersama-sama. Buat masa ini saya belum buka di masjid hanya mak dan abah buka di sana. Lagipun entah tahun ini saya seronok buka di rumah sebab boleh tentukan bila saya solat Maghrib. Kadang-kadang makan sedikit dahulu baru solat Maghrib dan kadang-kadang habiskan makanan baru solat Maghrib. Kebanyakan buka dengan nasi sebab seorang anak buah yang istimewa (baru belajar puasa) minta nasi lepas itu mesti kena ada sambal atau masak asam atau kuah tomyam. Layankan sahaja kehendak dia. Semalam kain sedikit iaitu soto nasi. Saya ok sahaja. Dah tua makan nasi waktu buka tidak macam ketika budak-budak minta makanan yang bukan nasi.

Sahur saya cuma air putih atau kadang-kadang minum air Quaker Oat Blueberryv 3 dalam 1 campur serbuk koko. Itu sahaja. Semalam timbang berat badan adik saya gelak berat saya 47.05 kg. Memang saya ambil berat pasal berat badan. Rasa oklah ini. Waktu di universiti berat 39 kg sahaja lagi teruk.

Minuman Quaker Oat Blueberry 3 Dalam 1



Apapun seronok baca korang punya menu berbuka dan sahur. Alhamdulillah atas nikmatnya. Jumpa lagi. Insya Allah.

P.S:  Pada perkara lain, alhamdulillah sudah setahun berlalu. Harap tiada lagi gangguan mesej.

Thursday, March 23, 2023

Nasihat Ramadan: Ubat Yang Boleh Diambil Ketika Puasa

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Selesai 1 Ramadan. Bagaimana ibadah puasa kalian hari ini? 

Ini saya hendak kongsi mengenai perkara-perkara yang membatalkan puasa melibatkan ubat. Terima kasih kepada adik bongsu yang kongsi.

Ubat Yang Membatalkan Puasa

  • Ubat Kunyah/Telan
  • Ubat Minum
  • Pesari
  • Supositori/ Enema

Ubat Yang Membatalkan Puasa


Ubat Yang Tidak Membatalkan Puasa

  • Ubat Suntikan
  • Ubat Sapu
  • Ubat Kumur
  • Ubat Titis (Tidak Sampai Gegendang Telinga)
  • Ubat Sembur Hidung
Sebelum ini saya ingat tidak boleh guna ubat sembur hidung.

Ubat Yang Tidak Membatalkan Puasa



Bagaimana Pula Dengan Penggunaan Inhaler? Terdapat 2 Pendapat:

BATAL

  • Dianggap Membatalkan Kerana Bahan Inhaler Sampai Ke Perut.
  • Teknik Penggunaan Inhaler Yang Salah Menyebabkan Ubat Masuk Ke Perut

TIDAK BATAL
  • Dianggap Tidak Batal Sebagai Qiyas Hukum Berkumur, Mencuci Rongga Hidung Dan Gosok Gigi
  • Guna Teknik Betul, Ubat Sampai Ke Paru-Paru.

2 Pendapat Penggunaan Inhaler



Jadi berhati-hati lebih-lebih lagi ubat telinga dengan inhaler. Saya tidak tahu cara guna inhaler dengan betul tapi harap mereka yang bergantung dengan inhaler guna cara yang betul. Saya baru tahu ada cara rupanya. Selamat beramal