Nuffnang

Sunday, June 23, 2024

Jun: Mulakan Semula Aktiviti Jalan Laju (Briskwalking)

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Sedar-sedar sudah 23 Jun. Kejap masa berlalu. Apapun Jun ini bulan tidak berapa panas maka bermula 6 Jun saya sudah mulakan aktiviti jalan laju di sekeliling taman perumahan. Rehat 3 bulan (Mac-Mei). Kali ini lagi jauh saya berjalan dan buat 2 sesi iaitu sesi pagi dan petang. Alhamdulillah tiada penat. Nanti akan tambah jarak secara beransur-ansur. Insya Allah.
Takdelah tiap-tiap hari tapi kerap juga.  Lagi-lagi  kalau ada hujan atau balik kampung.

Satu lagi perumahan saya sudah ada wayar jalur lebar oleh Maxis. Dijangka siap awal Julai. Takde harapkan untuk guna internet berkelajuan tinggi cuma harap liputan bagus untuk setiap operator. Terutama apabila terima atau buat panggilan. 

Oklah itu sahaja untuk diceritakan. Jumpa lagi. 


Saturday, June 1, 2024

Rehat

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Sebulan lebih tidak tulis. Rasa terumbang-ambing sedikit. Abah masuk hospital dari 26 April hingga 29 Mei. Lama kena tahan wad masuk antibiotik dan ubat. Abah demam panas menggigil. Rupanya ada jangkitan kuman, virus dan kulat.  Begitulah kalau daya imun rendah.

Emak pula masih belum dapat jalan 100%. Kena physio dan urut. Ambil masa juga. Teringat dahulu kaki terseliuh teruk pun lambat sembuh. Apalah lagi yang kena bedah macam Mak.

Saya akan rehat menulis buat sementara sehingga saya rasa gembira semula untuk menulis tapi sesekali saya akan menjengah blog penulis. Tq yang tinggalkan komen. Insya Allah akan dibalas lawatan semula cuma cepat atau lambat.

Ilal liqa'.