Nuffnang

Tuesday, July 16, 2024

Selamat Hari Asyura

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Selamat pagi. Lama tidak bersiaran. Seronok pula tenggelam menulis tapi blog rakan-rakan masih dijengah sesekali. Alhamdulillah diberi kesihatan cuma hari Ahad kaki terpijak kaca. Itu sahaja. Harap sembuh. Insya Allah.

Menulis ini untuk ucapkan Selamat Hari Asyura dan selamat berpuasa.

Jumpa lagi. Insya Allah.

P:S: Boleh puasa sehari sebelum atau selepas Hari Asyura.

Sunday, June 23, 2024

Jun: Mulakan Semula Aktiviti Jalan Laju (Briskwalking)

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Sedar-sedar sudah 23 Jun. Kejap masa berlalu. Apapun Jun ini bulan tidak berapa panas maka bermula 6 Jun saya sudah mulakan aktiviti jalan laju di sekeliling taman perumahan. Rehat 3 bulan (Mac-Mei). Kali ini lagi jauh saya berjalan dan buat 2 sesi iaitu sesi pagi dan petang. Alhamdulillah tiada penat. Nanti akan tambah jarak secara beransur-ansur. Insya Allah.
Takdelah tiap-tiap hari tapi kerap juga.  Lagi-lagi  kalau ada hujan atau balik kampung.

Satu lagi perumahan saya sudah ada wayar jalur lebar oleh Maxis. Dijangka siap awal Julai. Takde harapkan untuk guna internet berkelajuan tinggi cuma harap liputan bagus untuk setiap operator. Terutama apabila terima atau buat panggilan. 

Oklah itu sahaja untuk diceritakan. Jumpa lagi.