Nuffnang

Friday, February 8, 2013

Iklan Hantu


 بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum...

Selamat bercuti semua. Macam seronok minggu ni sebab hujan sahaja. 

Semalam buka blog nak jawab komen lepas tu mata sakit sangat dengan 'iklan terbang' yang besar dabak di kiri skrin. Memang saya perasan lama tapi masa tu tak boleh buat apa-apa sebab masa tu pc berhibernasi. Kali ini saya tak boleh biarkan sebab iklan besar. 

Mula-mula ingatkan 'hantu' tu gunakan ruang Nuffnang xchange yang dah takde tu. Tapi tak berhasil. Jadi saya buat satu-satu. Buang perkakas (widget) satu-satu nak tengok hantu tu duk mana.

Tak lama dapat kesan. 'Hantu' tu kat Pusing-Pusing Dunia. Oh tidak. Saya suka perkakas tu. Buang sekejap. Memang 'hantu' tu takde. Saya letak balik 'coding' Pusing-Pusing Dunia nak edit bahagian mana mungkin 'hantu' tu duduk. Tak jadi buang 'coding' yang saya agak (takut silap). Letak semua 'coding' Pusing-Pusing Dunia. Tengok je dah takde! Aik nak buang terus hilang. Hehe.

Jadi kepada yang hadapi masalah sama macam saya ada iklan hantu. Tengok bahagian dunia yang berputar tu.

Mula-mula ada iklan hantu cuak juga takut hilang glitterati. Padahal iklan hantu tu ada tiba-tiba bukan saya letak. Syukur dapat hilangkan.

P.S: Kalau korang iklan hantu ada pada blog saya cepat-cepat beritahu.

P.S: Cara buang iklan hantu. Tentukan kedudukan di mana. Cari perkakas (widget) yang ditumpanginya. Kemudian potong (cut) coding untuk perkakas tu. Buang perkakas tersebut. Lepas tu buat baru dengan klik 'Add widget'. Tampal (paste) balik coding Semua ni boleh dilakukan dengan buka template. Selamat mencuba.

Kemaskini 11 Feb: Iklan hantu tu ada balik. Jadi saya cuba buang sebahagian coding Pusing-Pusing Dunia seperti di bawah.
<noscript><applet codebase="http://rc.revolvermaps.com/j" code="core.RE" width="220" height="220" archive="g.jar"><param name="cabbase" value="g.cab" /><param name="r" value="true" /><param name="n" value="false" /><param name="i" value="2xym1g75eon" /><param name="m" value="0" /><param name="s" value="220" /><param name="c" value="ff0000" /><param name="v" value="true" /><param name="b" value="000000" /><param name="rfc" value="true" /></applet></noscript>
Harap-harap tak keluar lagi.

11:07 malam 11 Feb: Tak berjaya buang. Ingatkan dah hilang. Rupanya iklan tu macam biskut. Iklan hantu tu tak lekat dengan perkakas Pusing-Pusing Dunia. Jadi coding di atas LETAK SEMULA. Masih mencari.

Sesiapa yang tahu tolong beritahu bagaimana nak buang iklan hantu tersebut.

Wednesday, February 6, 2013

Novel Percuma Untuk Diberi


 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Tadi pergi ke restoran yang sewa kedai emak. Memang setiap bulan pergi kedai makan D' Tasek yang terletak di Ayer Keroh sebab emak ambil sewa kedai. Tempat makan ini menjadi tumpuan kebanyakannya pelajar UteM yang tinggal di sekitarnya.

Memang seronok makan makanan saya suka. Selalunya saya minta nasi paprik atau mihun tomyam dengan air tembikai. Alhamdulillah makanan tidak pernah mengecewakan dan sedap. Buat saya seronok, penyewa kedai bagi percuma pada kami sekeluarga. Rasa sangat pemurah sebab tiap-tiap bulan kami datang. Emak nak bayar tapi penyewa tu tak ambil bayaran.

Ia membuatkan saya terharu kerana penyewa restoran kami tu pemurah terhadap kami. Moga Allah murahkan rezeki. Ini membuat saya terfikir, mengapa tidak saya bersifat pemurah? Oleh itu saya buat keputusan nak beri secara PERCUMA novel-novel yang asalnya saya nak jual. Sesiapa yang berminat boleh klik sini untuk tahu cara mendapatkankannya. Maaf, saya akan beri di tempat pertemuan yang telah ditetapkan dan tiada pos. Satu orang satu novel. Siapa cepat dia dapat. Apa-apa kemusykilan, boleh emel saya. 

Tempat pertemuan: Masjid Tengkera, Melaka. Nyatakan novel yang dikehendaki dalam emel. Senarai novel ada pada tajuk COD Novel Terpakai.

Itu sahaja buat ketika ini. Jumpa lagi. Nak tengok Masterchef Australia musim 4.   

Saturday, February 2, 2013

Kegemaran


 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Dikesempatan ini nak ucapkan terima kasih kepada para pelawat kerana menjengah blog ini. Sorry for lacking updates. Emotional turmoils :(

Kongsi cerita sedikit malam semalam. Emak dan abah pergi jamuan COMBI di balai raya. Saya tak ikut sebab malas dan perut tak sedap. Bila mak balik saya tanya makan apa kat sana. Mak cakap makan sate. Saya cakap makanan kegemaran mak tu. Mak macam terkesima jer. Haha, saya tahu sebab adik, si M bagitahu sate kegemaran emak. Hait tahu daripada adik. Padahal saya selalu dengan emak. M tu duk jauh. 

Lepas tu abah menyampuk,"ada sate kat peti sejuk."
Mak pula cakap. "Haah."
Saya pula terkulat-kulat. "Eh takpelah. Bukan minat makan sate. Lainlah soto ke, spaghetti ke.Haha." Saya anggap abah salah sangka ingat saya yang suka sate.
Lepas tu abah cakap "laksam pun ada tadi."
Saya yang kemudian jalan ke dapur cakap sendiri "huh laksam, sedap tu. Itu Na suka gak." Tiba-tiba terliur.
Terbayang kempunan nak makan laksam. Ada satu hari singgah satu gerai untuk sarapan minta laksam. Makcik tu cakap dah habis. Nasib baik nasi dagang ada. 

Hmm nampaknya kenalah pergi cari laksam kat gerai makcik tu.

P.S: Harijadi saya yang mula-mula ucap daripada adik si H, duk jauh juga. Haha agaknya orang jauh lebih ingat daripada orang yang duk dekat dengan kita.


Friday, January 25, 2013

Jangan Berharap Untuk Mendapat Apa Yang Orang Lain Ada


 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Pernah dahulu apa terdetik di hati apa yang saya inginkan. Saya dapat dengan segera. Ketika itu saya rasakan apa saya minta Allah beri tanpa menunggu lama. Alhamdulillah. 

Hinggalah saya meminta sesuatu yang saya rasa ia memberi kegembiraan kepada saya, benda yang saya suka. Apabila dapat, saya tidak gembira dan dapat masalah. Ketika itu baru saya tahu tidak semua kita hendak memberi kebaikan atau kesukaan.

Saya menangis dan mengadu kepada Allah yang saya tidak suka apa yang saya minta. Saya ingat saya gembira dengan apa yang saya pinta. Rupa-rupanya tidak. Saya pinta diambil semula apa yang diberiNya. Saya baru sedar jikalah kita minta, kita tidak tahu mungkin apa yang kita minta (apa yang kita minta berdasarkan pada orang lain dapat) tapi tidak sesuai untuk kita. Saya berdoa jika saya minta itu kurang sesuai untuk saya tidak dimakbulkan atau dimakbulkan ketika saya bersedia menerima apa yang diminta.

Sekarang ini kalau saya tengok orang lain dapat/ada sesuatu yang saya rasakan saya ingin juga, saya akan minta pada Allah. Kalau tak dimakbulkan, saya tahu saya belum dapat memikul tanggungjawab terhadap saya hendak itu atau belum masanya. Bukan sekarang. Ia memberi kelegaan supaya tidak bersedih jika tidak mendapat apa yang saya hendak. Setiap perkara berlaku bersebab dan mengikut masa yang telah ditentukanNya.

Sekadar ingatan untuk saya dan renungan untuk semua. Jangan berharap untuk mendapat apa yang oran lain ada. Kalau dapat, kita bersyukur. Kalau tak dapat, kita bersyukur juga.

Jumpa lagi.

Tuesday, January 22, 2013

Tak Kenal Tak Cinta


 بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum...

Tengok akaun Nuffnang tadi, ada pula saya dapat iklan promosi Australia. Agaknya saya dengan OZ tak dapat dipisahkan. Eheh. Dulu pun saya dalam program ACHEM untuk sambung pengajian di sana. Mula-mula macam tak berapa 'cinta' sangat dengan Australia ni. Emak macam suka dulu saya dapat program ni. Dia kata dekat kalau nak pergi melawat saya. Padahal hati pada USA. Macam kecewa juga.

Lepas itu, belajar Australian Studies barulah kenal sikit-sikit pasal Australia. Pasal binatang paling saya ingat sebab unik ada wombat, wallaby, platypus, emu dan lain-lain. Saya pula dalam kumpulan wombat. Huhu memula tak tahu apalah menatang ni. Lepas cari maklumat baru tahu camne. Si Sha pula kata rupa wombat macam rupa saya. Terus cop saya panggil wombat. Pasrah jerla.

Tapi saya tak dapat belajar di Australia tu. Kegawatan ekonomi. Kami dihantar ke universiti biasa. Kecewa juga. Macam kempunan nak belajar sana.

Apapun saya tak pernah lupa pensyarah-pensyarah saya dan penting saya tak lupa wombie saya :) Jadi ingatan tetap ada.

Allah lebih tahu apa yang baik untuk saya. Moga saya redha dan tidak timbul kekecewaan. Mungkin satu hari saya dapat sambung ke sana. Jika tidak semoga perasaan itu tak hilang.
 

Saturday, January 19, 2013

Rumah Diserang


 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Baru sahaja tetamu pulang. Macam diserang. Begitulah keluarga abah saya. Datang secara beramai-ramai. Saya teringat dulu-dulu kami 'menyerang' rumah saudara-mara ketika raya. Seronok sebab masa itu arwah datuk yang merancang untuk menyerang rumah-rumah sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Jadi arwah datuk adalah mastermind kami. Masa itu arwah datuk tinggal di Jalan Enggang, Keramat. Masa tupun takdelah sangat lebuh raya jadi macam jimat masa sebab warga kota balik kampung. Hehe. Kesian orang yang kena serang apabila kitaorang datang beramai-ramai. Memang tak cukup tangan nak layan. Macam manalah arwah nenek saya sanggup tinggal rumah sorang-sorang layan tetamu kalau ada tetamu amalkan macam kitaorang buat.

Apapun memang seronok, saya ketika itu budak-budak lebih pada main dengan sepupu dan makan biskut dan makanan ringan.

Sekarang ini dah tak berapa seronok nak raya di KL dan tak berapa amalkan konvoi beramai-ramai sangat. Rindu jugalah nak beraya sekitar KL dan Selangor.
Ok kembali kepada peristiwa tadi. Memang tak cukup air kena buat lagi dan air biasapun dah habis. Juadah makanan petang yang ada pengat durian dan roti, epok-epok, keria gula Melaka (warna coklat). Air pula air biasa, sarsi dan air teh.

Saya banyak duduk di dapur sajalah. Lebih pada buat air, sediakan piring, pinggan dan basuh pinggan. Emak pula melayan dan jadi orang tengah antara ruang tamu dan dapur (bawa pinggan kotor dan isi semula pinggan kosong). Abah memang melayan tetamu sahajalah. Si Y tidur! Hehe. Dia kena layan si Adiva nak tidur jadi di bilik tidur sahajalah.
Apapun syukur apabila terima tetamu. Ia bermakna rahmat Allah untuk rumah tersebut. Lagi ramai lagi banyak rahmat. Jadi janganlah merungut atau rasa terbeban dengan tetamu.

Ok itu sahaja. Jumpa lagi.

P.S: Eh ada tetamu baru datang ketika menaip ini.

Wednesday, January 16, 2013

Mood Sentimental


 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Hai semua. Terlalu asyik dan sibuk dengan siri internet dan buku. Oh, cara yang menyeronokkan untuk diri kalau buat sorang-sorang. Menikmati setiap detik dan menghayati sambil berangan! Haha. 

Doughnut maker atau mesin donut sampai semalam. Hari ini pula pasang periuk api Astro B.yond ganti periuk api biasa yang dah goyang. Hehe. Layan dak Iva yang lasak dan suka buli saya. Suka ketuk-ketuk. Adui sakit betul layan budak tu. Masih pelat panggil saya 'Awong' padahal kena panggil Mak Long. Puas dibetulkan tapi dia belum dapat sebut betul. Redha jerla. Kadang-kadang suruh dia panggil saya Bubu. Sedap sedikit.

Tengahari dapat sms daripada sepupu, dia nak tunang bulan Februari. Hehe telah pasti berita tersebut setelah mendengar khabar angin dia nak bertunang. Alhamdulillah.

Entah saya akhir-akhir ini dalam keadaan sentimental. Tak tahu mengapa. 

Oklah harap korang semua bergembira.