Nuffnang

Thursday, February 17, 2011

Ketawa dan Bergurau Senda Mengkut Syariat Islam




Assalamualaikum...

Bersua kembali pada petang Khamis yang bersinar indah. Alhamdulillah, kita dipanjangkan umur dan saya berkesempatan untuk menulis lagi. Amat menggembirakan bila salah seorang rakan sekolah memberitahu saya menyenangkan diri dia. Saya rasa dia lagi menyenangkan hati saya.

Apapun memang saya ingin menjadi seperti Suwaida'. Seorang yang selalu membuat Rasulullah S.A.W. dan Aisyah R.A. gembira.

Hinggakan di saat Suwaida' menghadapi sakaratul maut, Rasulullah mencarinya. Apabila Rasullah bertanya kepada Aisyah, Aisyah memberitahu dia sedang sakit dan baginda melawatnya.

Ketika Suwaida' meninggal dunia maka baginda menziarahinya dan menyembahyangkannya serta baginda mendoakan "Ya Allah, sesungguhnya dia suka membuat kami ketawa maka ketawakanlah dia nanti agar dia pula gembira."

Begitu besar impak dan peranan Suwaida' kepada Rasulullah S.A.W. hingga didoakan kerana menjadi penghibur dan membuat Rasulullah ketawa. Kita harus menggembirakan hati orang lain. Memang susahkan kalau kita tengah sedih tapi kena gembirakan orang. 
Sekurang-kurangnya kita tdak menunjukkan KESEDIHAN atau TIDAK mengeluarkan perkataan-perkataan yang boleh mengguris hati. Paling penting jangan menyakiti hati orang lain. 

Rasanya tiada masalah untuk kita membuat orang lain ketawa dan bergurau senda. Hukumnya harus bahkan mendapat pahala kalau diikut syariat. Caranya:
  • Bergurau hendaklah dalam keBENARan. Sabda Rasulullah S.A.W. "Sesungguhnya aku bersenda gurau dan aku tidak pernah menyatakan kecuali yang haq."
  • Ketawa tidak keterlaluan, tidak menjatuhkan maruah sendiri dan tidak berpura-pura.
Kebenaran itu indah dan salah satu perencah keindahan itu adalah kelucuan.

Semoga kita bergurau dan ketawa mengikut syariat Islam agar kita disenangi orang sekeliling kita dan menggembirakan mereka.Dapat kegembiraan dapat pahala.

Jumpa lagi.





Wednesday, February 16, 2011

Peraduan Mudah Menang Harian Metro



Assalamualaikum... 

Pernah tak korang masuk peraduan? Mesti pernah kan? Ok sekarang ini, saya sedang memasuki peraduan Mudah Menang anjuran Harian Metro. Sesiapa pembaca setia Harian Metro dan beli suratkhabar ini tiap-tiap hari bolehlah mencuba masuk peraduan ini.

Peraduan ini bermula 21 Jan hingga 6 Mac 2011 selama 5 minggu. Jadi minggu ini adalah minggu ke-3. Jawab satu soalan setiap hari kira kumpul dari Isnin hingga Sabtu dan tampal jawapan harian pada borang pada hari Ahad. Jadi SATU PERADUAN untuk SATU MINGGU.

Hadiah-hadiah lumayan juga ada kereta Peugeot, iPad, motosikal dan pakej pelancongan. Semua hadiah best. Itu pasal saya masuk.

Teringat pula, saya pernah menang (saguhati) anjuran surat khabar juga (bukan Harian Metro). Hehe tapi saya tak pergi ambil sebab hadiah saya menang tu saya tidak minat. Lagipun orang yang telefon tu macam banyak syarat, nak pergi Sri Pentas kena telefon dulu la kalau dia ada di pejabat nak bagi hadiah. Kena bagitahu pengawal keselamatan saya datang untuk apa. Helo, saya datang jauh-jauh kena tunggu awak kena ada pula di pejabat. Lepas tu kena tuntut pada waktu bekerja dalam tempoh masa yang diberikan. Tempoh masa sekejap pula tu. Macam poyo juga syarat.

Harap-harap saya menang. Kawan-kawan tolong doakan supaya dipermudahkan segala. Eh kalau korang minat masuklah peraduan ni. Mana tahu menang kan.

Jumpa lagi.

P.S: Saya memang suka masuk peraduan terutama peraduan di surat khabar. Saya suka dapat hadiah. Eh teringat pula saya pernah menang masa kuiz kat kampungchat, sorang chatter bagi kuiz. Main teka, betul pula. Betul-betul dapat hadiah. Ingatkan dia saja nak meriahkan karpet kampungchat tu. Haha sekali dapat hadiah.


Renungan

"Sebaik-baik manusia adalah orang yang baik perangainya."


                                                           -Hadis Riwayat Tabrani-









Monday, February 14, 2011

Cinta, Keghairahan dan Tumpuan



(Ini bukan tulisan jiwang tapi tulisan menyatakan pendapat sendiri berdasarkan pengalaman)

Gambar hanyalah hiasan semata-mata diambil daripada kamera sendiri

 

Assalamualaikum....

Pada saat ini terfikir mengenai CINTA dan KEGHAIRAHAN (LOVE and PASSION).  Mula-mula kerana tengok siri di Travel Channel tajuk "Cruises We Love". Kemudian terfikir pula pasal Carla, peserta Top Chef. Saya rasa dia atau Richard yang akan memenangi Top Chef All Stars. Carla dengan watak gila-gila, ceria dengan moto "Cooking With Love".

Bagi saya memang begitulah, apa-apa yang kita lakukan perlu ada rasa CINTA, KEGHAIRAHAN sepenuh JIWA. MINAT terhadap sesuatu yang akan menzahirkan KEGHAIRAHAN.Tapi jangan lupa NIAT dalam segala perbuatan yang akan kita lakukan AGAR terkawal perbuatan. Walaupun hanya perkara-perkara yang kita anggap kecil atau remeh seperti bercakap (eh bercakap perkara PENTING kan? Salah satu cabang komunikasi) Bercakap sesuatu mesti daripada lubuk hati (maksudnya apa yang kita cakap sama dengan HATI), menumpukan apa yang kita nak luahkan disampaikan dengan penuh makna ( BUKAN merepek) dan mendengar jawapan balas daripada orang yang kita lawan cakap dengan TELITI supaya kita tidak dianggap tidak mengambil perhatian. Saya pun kadang-kadang lepa dengan hal ini bila kadang tak dapat memberi perhatian kerana fikir hal lain ketika itu. Saya ambil jalan penyelesaian kalau saya rasa saya tak dapat TUMPUKAN perbualan apabila ada orang ajak berborak, saya tak akan terlibat untuk berbual. Saya akan minta diri dan apabila saya dah bersedia barulah saya teruskan. Harap-harap itu adalah cara terbaik untuk tidak mengguris perasaan orang.

Pada situasi lain pula, mengenai emel yang dikehadapankan (e-mail forward). Setiap orang ada pandangan dan penerimaan. Baiklah untuk saya pula, saya tidak kisah terima emel yang dikehadapankan asal emel itu sangat berguna dan baik untuk memperbaiki diri saya. Cuma bila dapat emel daripada orang yang tidak dikenali yang memberi emel dikehadapankan, saya tertanya sapa ni? Tidak boleh ke dia perkenalkan diri dan juga saya harap emel dikehadapankan itu orang tersebut menulis sedikit tentang emel yang dihantar. Kadang-kadang takut nak buka emel yang ada dilekatkan dokumen. Kalau tak terangkan, memang saya terus buang. Saya rasa kita kena adab untuk menghantar emel yang dikehadapankan supaya orang yang menerima tak rasa menyampah dengan kita. Kita tiada diajar hal ini mengenai Internet/Cyber Ethics tapi cuba kalau kita bayang dalam alam nyata, orang bagi sampul surat kat peti surat dengan nama dan alamat (kita tak kenal) dan kita tidak tahu kandungannya. Adakah kita akan membuka atau terus buang? Macam saya, buka jugalah nak tahu kandungannya tapi risiko juga kan tak tahu apa kandungan surat tu. Ini pandangan saya. Hal ini subjektif sebab macam saya kata kita tidak belajar Cyber Ethics, adab berkomunikasi di alam maya. Mungkin juga orang berpendapat tak boleh samakan adab di dunia nyata dengan adab di alam maya. Ya mungkin juga kerana persekitaran berbeza antara 2 DUNIA. Cewah. Tapi rasanya PRINSIP tetap sama. Kita tegur orang mula-mula beri salam (prinsip). Kalau di alam nyata:kita bersalam (mahram) dan memberi salam (lontaran suara). Kalau di alam maya: kita menulis perkataan salam. SAMA tapi TAK SERUPA. Haha, jangan pening dengan tulisan saya.

Jadi apa pandangan anda?





Sunday, February 13, 2011

Nur Adiva

Assalamualaikum...

Ni anak saudara saya, Nur Adiva
18 haribulan ni dia nak masuk 4 bulan. Saya tak tahulah mengapa adik saya suka nama Adiva. Saya masa mula-mula datang melawat adik saya, BILA adik saya cakap pilihan Adiva dengan satu lagi nama (lupa). Saya cakap janganlah pilih Adiva tu nanti dia berlagak diva lak. Adik saya cakap janganlah fikir camtu. Lepas tu beberapa hari kemudian, dia pilih nama ni. Haha. Agah-agah dia panggil Iva.
Mak saya cakap dia bijak, cepat menangkap. Bagi saya pula dia cepat tegap.Hampir umur dia sebulan, baru saya berani dukung dia. Kalau tak sebelum tu takut nak dukung sebab badan dia lembut sangat. Nanti 'kepak' pula anak orang. Masa bulan lepas, dukung dia siap hampir saya lambung dia kat udara. HAHA. Abah marah kata nanti buat budak tu terkejut (takpun abah takut jatuh). Padahal tengok muka dia CEKODOK je bila saya lambung. Takpe, malam ni budak ni balik memang saya akan sakat dia puas-puas.

Tak sabar nak tunggu Iva balik. Kadang-kadang saya panggil dia, budak kenit.

Eh Sekarang Ke?



Assalamualaikum...

Musykil juga, sekarang ni musim durian ke? Bukan apa semalam abah bawa balik durian dan rambutan dari kebun di Sg Besar, Selangor. Masa saya keluar dari bilik terbau durian yang sangat kuat dari bawah. Lepas tu adik saya si H naik cakap ada durian. Jadi betullah HIDUNG bau durian.

Saya baru tergerak nak makan durian waktu dinihari sebelum hampir Subuh. TAK BERJAYA nak belah durian setengah pangsa. Terpaksa menahan keinginan. Lepas solat Subuh, turun balik minta mak tolong belah. Patut tak boleh, mak cakap yang tu memang liat. Jadi belah durian yang lain pula yang mak cakap baru jatuh. Sebiji (BUKAN seulas) saya makan sebelum pergi aerobik. Haha. Elok la tu.

Selamat berhujung minggu pembaca blog semua..

Saturday, February 12, 2011

Tasik Wanaka, Puzzling World dan Mount Aspiring.




(Amaran; Tulisan yang penuh dengan gambar-gambar yang mengujakan)
Assalamualaikum...

Sebahagian renteten perjalanan ke Wanaka. Wanaka ni bandar juga, tidaklah besar. Mempunyai tasik. Tasik ke-4 terbesar di NZ, terletak di Otago New Zealand. Menginap di Manuka Crescent Motel, bilik no 8. Tempat penginapan macam semi-D setingkat. Ada disediakan dapur untuk memasak dan kelengkapan perkakas dapur. Kami hanya membeli barang runict untuk masak makanan.

 saya berposing depan tasik



 Di bilik tidur. Sini walaupun musim panas tapi sejuk juga. Jadi pakai heater walaupun siang.


 katil saya tidur dengan bed-warmer. Tak cukup dengan heater semata-mata. Haha lemak sikit katakan, tak tahan sejuk



No 8





Kunci penginapan pun nak tunjuk.









Penunjuk jalan ke motel

Puzzling World

Pergi ke Puzzling World. Nak cerita ke apa yang menarik kat sini? (fikir sebentar). Cari google ok? :) Ada banyak gambar kat Puzzling World ni tapi malas nak edit banyak-banyak. Secara ringkasnya bermula di luar terdapat Tower senget (macam Menara Pisa). Kita boleh bergaya seolah-oleh kita menolak menara tu. Ini percuma je. Kalau masuk dalam, kita kena caj 2 bahagian. Kita boleh pilih 1 daripada 2 atau dua-dua nak masuk: The Labyrinth atau Illusion.Room. Illusion ni pula ada: Dewan Hologram, Muka-muka pelbagai sudut yang ikut kita, Bilik Ames (Ilusi kita tinggi atau rendah) dan Rumah Terjongket. Pening sikit bila masuk Rumah Terjongket ni. Labyrinth pula macam perangkap pusing-pusing untuk cari jalan keluar.Kita dibagi 'CHEAT' kalau kita tak jumpa jalan keluar, dia tunjukkan pintu EXIT terus. Bila keluar EXIT, ada tandas ala zaman Rom. Tandas awam terbuka. Haha. Tengok gambar ya. Ini percuma je, tak payah bayar. Eh tapi tandas ni tak boleh pakai betul-betul. Jangan buang air betul-betul lak. Posing boleh :) Di ruang depan masuk dekat-dekat kaunter pembayaran tu ada kafe, dan pusat mainan yang menguji minda. Ada juga tempat jual cenderamata dan permainan PUZZLE dan segala jenis teka-teki/ilusi. Ok layan gambar.

 Saya tinggi


 Kami kuat


 Ngelat tengok jalan yang boleh dilalui daripada menara


 Pandang-pandang je Si Einstein ni



 Pening kepala, senget.


Mari melabur
Teka-teki





Ok sambung semula. Esoknya, kami bercadang untuk meredah gunung (wah macam panjat gunung). Bukan mendaki, kami cuma berjalan (kami takde buat yang ekstrim ok). Dari motel ke Mount Aspiring ni ambil masa lebih kurang 30 minit. Lepas tu, kereta takleh masuk sebab jalan denai. Kami akan berjalan kaki. Sebelum itu harus tengok peta dan maklumat Mount Aspiring ni. Sebelum berjalan, elok buang air dulu di tandas yang disediakan sebab kalau dah berjalan jauh memang takde tandas.




Peta: Kawasan Perlindungan Dunia




Ini pula maklumat tentang Mount Aspiring ni. Kami nak pergi Aspiring Hut


Selepas itu mulalah operasi berjalan kaki.

 Sepanjang jalan tu kami jumpa kambing biri-biri dan lembu dilepas bebas makan rumput tanpa kandang. Pengembala lembu atau kambing biri-biri pun tak nampak. Terfikir gak kalau ada orang boleh curi. Lalu jambatan gantung yang bergoyang kuat ditiup angin. Terbayang macam nak terbang je.


Ala lari pula, tadi macam nak sangat duduk dekat-dekat

Indahnya pemandangan...

Pemandangan dari atas jambatan



Kami tak sampai ke Aspiring Hut pun. Masing-masing kepenatan. Makin lama mendaki, makin curam dan bahaya. Jadi cukuplah dapat tengok sebahagian pemandangan.
Banyak lagi tempat kami pergi di kawasan lain pula. Nanti kalau saya rajin saya sambung tulisan. Adeh semput mengedit, menanda gambar dan menulis. Jumpa lagi.
Wassalam

Penulisan Dinihari



Assalamualaikum...

Selamat dinihari.Tidur kejap lepas maghrib. Perut masuk angin jadi badan rasa sakit-sakit sebab itu tidur awal. Sekarang dah lega. Semalam banyak godek blog untuk cantikkan lagi. Saya dah dapat latar belakang warna dikehendaki.

Ada rancang nak buat satu fungsi untuk blog tapi tak berjaya. Puas TAMBAH/TOLAK kod tu, letak di situ, di sini tapi tak dapat. Memang tak berbakat menjadi PENGATURCARA. Haha, pening tengok seluruh kod kat Edit HTML tu. Takpe, saya akan mencuba lain kali. Bla fikir-fikir pun, tak letak fungsi tu kat blog pun takpe sebab fungsi tu takdelah best sangat. Takpe, tengoklah kemudian kalau saya UBAH fikiran.

Hehe, ini penulisan selepas bangun TIDUR dinihari. Jumpa lagi.

P.S: Mahu selongkar dapur nak makan.

Gambar bawah hanyalah hiasan semata-mata

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Friday, February 11, 2011

Membuat Favicon Sendiri

Assalamualaikum...

Ada nampak gambar wombat kat alamat website tu tak? (kecuali IE, apsal lah tak sama macam browser lain?). Itulah favicon. Favicon adalah kependekan kepada website icon atau bahasa Melayunya ikon laman web.Bersaiz 16x16
Ok nak bagitahu, kita boleh buat favicon sendiri daripada gambar-gambar kita ada. Saya mula- mula dulu (bulan lepas) ada masukkan favicon tapi yang dah sedia ada. Ini kalau kita ada gambar kita nak buat ikon (gambar bentuk format jpg, gif ditukarkan kepada .ico
Cari-cari tadi jumpa satu laman. Sebelum tu saya cuba muat naik ke photobucket tapi tak berjaya.
 
  • Sila klik ke laman ini
  • Tak daftar pun takpe untuk buat ikon. Ada banyak stail. Memandangkan saya tak sabar. Saya cuba yang ini saja.Muat naik gambar yang kita nak. Besar mana gambar kita ada tu dia akan tukarkan ke ikon. Contoh macam di bawah. Pilih gambar dengan tekan butang "Browse" (di sebelah kanan). Lepas dah pilih tekan butang "Upload Now"



  • Lepas tu tingkap di bawah ini pula muncul

  • Ok bagi yang ada domain sendiri,boleh ikut langkah PERTAMA iaitu Direct Download manakala yang menggunakan domain percuma macam saya guna blogger guna cara KEDUA. Salin KOD yang diberi. Nanti kita nak tampal di Edit HTML
  • Tampal kod tu selepas ]]></b:skin> sebelum </head>. Tengok "Preview" sebelum "Save". Oh ya nak cari ]]></b:skin>, tu tekan Ctrl+F

Selamat mencuba. Kalau ada kemusykilan boleh tinggalkan komen.
P:S: Tampal kod selepas ]]></b:skin> tu sebab nak elakkan favicon tu hilang.Ada dibincangkan dalam forum blogger. Rujukan boleh dibaca di sini

    Thursday, February 10, 2011

    Ucapan Istirja- Sesungguhnya Kami Kepunyaan Allah...



    Assalamualaikum...

    Semalam saya tutup seketika modem, saya ternampak barang yang saya hilang hampir 2 tahun (mungkin) berhampiran katil di bilik serba guna. Gembira tanpa disangka kerana puas cari terutama di bilik saya. Rupanya kat bilik serbaguna. Tetiba saya teringat ketika saya hilang benda tu, bersungguh-sungguh saya ucapkan ucapan istirja. Masa tu saya berharap dapat jumpa balik.

    انا لله وانا اليه رجعون

    "Sesungguhnya kami kepunyaan Allah dan sesungguhnya kami akan kembali kepadaNya"

    Kini, saya disedarkan semula sebab dah jarang ucapkan ucapan ini. Sebenarnya ucapan istirja ni bukan sahaja diucapkan ketika mendengar orang meninggal dunia tapi kita boleh ucapkan ketika dukacita, ditimpa nasib malang, kecelakaan, penderitaan atau kehilangan harta. Hatta tercucuk duri pun kita boleh ucapkan. Ucap berulang-ulang kali untuk musibah yang sama pun tidak mengapa.

    Hadis daripada Umm Salamah radiallahuanhu berkata: Saya mendengar Rasullullah sallallahu alaihi wassalam bersada:

    "Jika seseorang ditimpa musibah (kecelakaan) dan berkata Inna lillahi wa inna ilahi rajiun, lalu berdoa: Ya Allah! Anugerahi aku yang lebih baik daripada kehilanganku dalam kecelakaan yang menimpa aku. Allah akan menggantikannya di dalam kecelakaannya itu atau memberikan dia gantian yang lebih baik daripada yang hilang."

    InsyaAllah, sebenarnya kalau musibah yang kita alami dah lama berlaku atau teringat semula pun kita masih boleh ucapkan doa istirja ni. Doa tu boleh je kita ubah ikut apa yang kita alami. Yeah, jumpa balik barang saya yang saya sayang sangat. Makin bertambah keyakinan saya untuk amalkan selalu (kadang-kadang lupa nak buat dengan kerap)

    Wednesday, February 9, 2011

    IF : AND or OR (FORGIVE, FORGET). Formula Memaafkan Dan Melupakan




    Gee don't you pass your DEDUCTION in Mathematics?

    IF I said

    "I forgive you"

    Doesn’t mean "I forget"

    IF I said "I forget"

    Doesn’t mean "I forgive you"

    IF I said

    "I forgive AND forget you." That's mean you can feel relieved

    IF I keep quiet............

    DO YOUR DEDUCTION. Simple.

     

    The related post

    Saturday, February 5, 2011

    Mengapa Susah Nak Minta Maaf?




    Assalamualaikum...

    Hari ini saya nak buka topik mengenai apabila dah buat salah terutama kesalahan besar terutama menyakitkan hati orang, mengapa susah sangat nak minta maaf. Pengalaman saya bila seseorang tu buat salah dan saya terus-terang bagitahu ia menyakitkan, boleh la pula orang camni buat tak faham teruskan persahabatan  nak borak dengan kita seolah-olah tiada buat silap. Memang teruk orang camni, tak minta maaf dan tidak menyesal dengan perbuatan. Jadi apa saya buat?Buat "bodo" tak layan orang camni sampai dia berubah dan minta maaf. Bagi saya mudah je daripada terus sakit hati dan tak ikhlas nak berkawan,baik mendiamkan diri. Orang boleh kata "suruh saya maafkan", memang kadang-kadang saya lepaskan biarkan kata-kata menyakitkan tu dengan menyedapkan hati kata dia tak sengaja. Tapi masalah akan tetap timbul jika dia menimbulkan lagi dan paling teruk mengulangi perbuatan sama yang menyakitkan hati. Dua kali memang melampau kan. Macam tak belajar daripada kesilapan.

    Jadi kepada sesiapa jika sedar dah buat salah pada orang lain "sila minta maaf" dengan IKHLAS dan betul-betul kesal untuk tidak ulangi kesalahan yang sama. Bahaya kalau anda ada BERHUTANG dengan manusia.


    Thursday, February 3, 2011

    Saya Sangat Sensitif (SSS)



    Assalamualaikum...

    Memang minggu lepas dan minggu ini perasaan macam naik roller-coaster. Ada teruja, takut,nak teriak, sedih dan sebagainya. Teringat saya masa saya naik Scooby Doo roller-coaster tu saya boleh menjerit kuat kerana takut. Dah kena duduk sorang-sorang. Masa naik Wild West Falls Adventure Ride menjerit juga tapi menjerit kerana teruja (dengan basah kuyup) Lepas naik Scooby-Doo tu langsung saya diam, macam jiwa saya ditarik (no soul). Diam membatu. Mak saya suruh saya naik Superman Escape, saya diam. Kalau saya naik Superman Escape tu dulu sebelum Scooby-Doo Spooky Coaster mungkin takde masalah. Memang saya nak naik Superman Escape tu dulu tapi kerana hujan lebat, operasi Superman kena berhenti dulu. Memang ikutkan Superman Escape tu lagi bahaya daripada Scooby-Doo tu. Semangat saya dah hilang lepas main Scooby-Doo tu. Gila dahla gelap dengan rasa nak terbalik.

    Jadi anda boleh faham perasaan saya bila saya tahu pasal keganasan di Mesir. Sungguh, saya sangat memikirkan (kadang fikir bukan-bukan). Itu masalah saya. Terlalu memikirkan dan mood akan berubah mengikut maklumat yang saya hadapi. Saya cuba bersikap tenang dan TIDAK ENDAH tapi DALAM HATI, Allah je tahu. Saya sangat sensitif. Macam tumbuhan yang sensitif pada cahaya, air.
    Kadang-kadang saya rasa baik saya tidak TAHU. Less information is GOOD for me. Maksud saya yang KURANG menyenangkan. Saya mudah GEMBIRA, mudah SEDIH, mudah SEGALANYA. OK layan gambar ini.
    Keadaan ini buat saya tenang dan teruja.


    Cemas dan mendebarkan aksi-aksi 'stunt'





    Buat saya lapar. Coklat cair. Nyum nyum

    Ni rasa macam nak baring atas rumput tu sambil guling-guling ke bawah. Serius kalau saya sorang-sorang memang saya akan buat.



    Tuesday, February 1, 2011

    Apa Jadi?





    Assalamualaikum...

    Kembali menulis semula setelah 4 hari. Bukan apa kan saya tidur banyak setelah satu hari tak dapat tidur. Sampaikan mak saya pun bertanyakan kepada adik saya,H di mana saya (mak saya tak tengok muka saya sehari suntuk). Bayangkan saya tidur, hanya bangun untuk solat dan tidak turun-turun ke dapur. Sungguh saya tak lapar tapi saya mengantuk hingga sampai pukul 11 malam baru saya bangun dan sememangnya ketika itu emak abah dah tidur. Adik saya turun tengok saya makan nasi, adik saya bertanya "Hei,what's happened?Mak tanya Na mana tak nampak muka." Haha saya duk senyum. Ya, esok pagi misi untuk menonjolkan muka kat mak. I missed her.

    Satu lagi perkara ialah mengenai adik saya, M yang belajar di Volgograd. Bayangkan ketika pengeboman di Lapangan Domodedovo, adik saya dalam perjalanan ke sana! Dia telefon rumah, saya tak angkat. Nak angkat dah talian putus. Dia telefon no bimbit mak, mak tak dengar dia cakap apa. Mak suruh dia telefon balik nombor rumah. Mak abah naik atas (sebab telefon kat atas), saya ambil alih tengok tv. Tiba-tiba abah turun (macam cemas), nak buka siaran berita al-Jazeera kut. Tengok-tengok berita pengeboman. Baru tahu. GUESS WHAT? My lil bro went to Egypt! RIOT there. Nasib dia. Dia berkurung kat sana takde jalan-jalan kat Kaherah nun. Harap-harap dia dapat balik 5 Feb nanti.

    Apapun perkara-perkara macam ni tak memudarkan minat saya untuk melancong. BETUL orang kata "jauh perjalanan luas pemandangan." Ada pandangan saya mengenai orang Australia atau kulit putih (Caucasian) dah berubah. Sekarang saya dah bersangka baik pada mereka. Sebelum ni, kawan-kawan saya giatkan saya dengan mereka. Saya tolak dengan tegas. Tapi lepas balik dah hilang. :) Haha.

    OKlah, ikutkan masih risau. Save journey my lil bro, M. Take care.

    Friday, January 28, 2011

    Hutang Dan Kematian



    (Muhasabah diri di pagi Jumaat)

    Assalamualaikum...

    Sehari suntuk saya memikirkan perkara ini. Hati ini tergerak setelah membaca blog seseorang mengenai kematian rakan yang disayangi. Sesungguhnya mati tidak mengenal usia. Jadi terkenangkan diri. "Adakah diri ini akan dikenang bila mati?". Atau mungkin dikenang tapi "adakah dikenang sebagai orang yang menyenangkan bagi mereka yang hidup atau mereka merasa lega saya tiada kerana merasa aman daripada tindakan saya?" Memang ketika sibuk memikirkan hati merasa sebak bagaimana kalau tiba-tiba saya mati tanpa sempat melangsaikan hutang atau memohon maaf kepada manusia? Mengenangkan perkara-perkara tersebut, saya teringat hutang pada seorang chatter yang tolong membelikan buku yang tak sempat saya bayar. Bukan tak mampu tapi kerana suka menangguhkan masa untuk buat wang pos dan kadang-kadang kerana rasa menyusahkan saya bercadang ingin berjumpa di KL. Tapi saya faham dia sibuk dengan pelajaran. Kecut perut kalau tiba-tiba saya "kojol" tidak sempat bayar. Amaun kecil bukan alasan anda tertahan di akhirat.

    Begitu dengan orang lain. Saya sungguh tak selesa sampai tak lena tidur walaupun mengantuk sangat tapi tidur pun saya akan mengigau perkara ini. Sungguh saya berterima kasih pada Allah kerana membuat saya tidak pandang rendah perkara ini. Jangan mudah berjanji (di mana akan jadi hutang) kalau tak langsaikan cepat-cepat.

    Terus saya menghubungi beberapa orang ini. Bagusnya mereka tak marah saya. Seorang suruh tenang sahaja (orang yang dihutang tu tak desak), sorang lagi memang nak saya jumpa dengan dia (walaupun dah 2 tahun janji itu tak dilaksanakan- memang dia nak jumpa saya :) ) dan seorang lagi errr belum bagi jawapan (ini yang patut kecut perut tapi yang ni baru akhir tahun lepas janji nak kasi cenderamata)

    Di samping fikiran saya teringat arwah Erwan Sah Elyas, rakan sekolah saya. Sungguh saya baru tahu baru-baru ini arwah meninggal kemalangan jalan raya. Kalau tak dibagitahu memang saya tak tahu. Sedih sungguh kerana lambat tahu. Moga arwah dicucuri rahmat. Arwah memang suka usik saya (sebab saya garang dan selalu marah dia). Hait camne adakah arwah dah maafkan saya?



    Nota:  Hidup tidak boleh menyakiti makhluk lain. Penting jaga hati dan perasaan makhluk.

    Thursday, January 27, 2011

    Gambar



    (tulisan pendek)

    Assalamualaikum...

    Selamat pagi kepada pembaca semua.

    Di dapur, mak yang baru pulang dari kerja buka telefon bimbit, tengok gambar-gambar cucu dia dan gambar-gambar percutian ke Australia dan NZ. Dalam hati saya "alamak, belum lagi muat naik (atau muat turun?) gambar-gambar dalam kamera. Bilalah nak rajin hantar cuci gambar ni?"

    Ketika saya berharap mak TIDAK mengulang soalan tersebut buat kali ke berapa. Tiba-tiba mak toleh kat saya "Na, bila nak hantar cuci gambar?" Saya hanya tersipu-sipu senyum. Adui,apalah susah sangat saya nak muat turun masuk pc dan hantar cuci. Kadang dah setahun barulah gambar tu dimuatnaik dalam laman sosial atau baru nak cuci kadang-kadang. Haha.

    Bilalah nak hantar cuci ni?


    Wednesday, January 26, 2011

    Yesterday



    Assalamualaikum...
    (this is a short entry)

    I laughed when watching 'Chibi Maruko' animated. It turned out Chibi is a Capricorn like me! No wonder I can see some traits of me in Chibi like very imiginative (kuat berangan), clumsy sometimes and very opinionated. It was fun to see your personality to others and know the impact to surroundings whether good or bad.

    I also laughed when getting e-mail from someone who said I gave her subliminal message. What a shock, she mentioned that particular day I called her help without my concern. Well maybe yes or not because at that day, I did listen my subliminal message in my walk-man when I want to sleep.

    That's all. Thank you for reading.


    Tuesday, January 25, 2011

    Masak




    Assalamualaikum...

    Hai para pembaca sekalian. Apa khabar? Harap sihat hendaknya. Saya sibuk sedikit dan campur malas. Tolong mak saya jadi setiausaha tidak bergaji. Walaupun tidak bergaji, saya gembira dapat tolong mak saya kerana ini salah satu cara saya membalas jasa emak saya. Kadang-kadang saya diberi duit yang tidak dijangka (lebih upah tidak setimpal dengan kerja saya)

    Ok saya ingat bagaimana mak saya pernah tawarkan duit yang lumayan kerana nak mendorong saya  memasak. Seingat saya ketika itu saya di tingkatan 1 atau 2. Memang teruk sebab saya tidak reti kupas bawang. Masa kelas ERT, saya cuma tolong masuk-masukkan bahan (kawan saya yang jadi partner yang buat segala tugas kupas,siang ikan) itupun saya campak ikan untuk goreng dalam kuali. Cikgu ERT yang tengok pun geleng je kepala. Kena marah dia cakap ini mesti tak pernah masak dan masuk dapur. Memangpun. Jadi mak saya macam risau saya masih tak reti langsung yang asas pun (kupas-kupas pun tak lepas) sanggup bagi duit yang lumayan untuk hanya masak je. Itupun mak saya cakap suka hati saya nak masak apa yang suka, mak saya akan beli bahan je, cakap je (masa tu minta apa-apa mengarut pun boleh,haha). Saya masa itu sedar, saya tak sampai hati ambil upah yang bagi saya tak layak. Macam saya cef ke layak dapat duit banyak tu.

    Jadi saya tolak duit mak bagi dan saya berazam untuk mesra dapur. Lauk pertama saya masak ialah sambal udang (itu je,takde lauk sayur ke). Jadi minta mak beli bahan terutama udang. Resipi saya tak ingat dapat mana tapi beria hafal cara masak siap bawa kertas ke dapur. Haha. Percubaan pertama memang jari luka sebab berusaha kupas bawang. Entah cara pegang pisau pun tak betul. Boleh pisau tu terjatuh terpacak kena kat kaki (nasib baik dah hilang parut). Gigih juga teruskan kerana mengingatkan mak saya sampai nak mengalir air mata suruh saya masak. Oh, saya masak ni,takde siapa dibenarkan masuk (saya tak bagi), jadi tiada siapa tolong. Memang saya 100% bersendirian, saya nak tahu buat dari A sampai Z, itu cara saya. Sampaikan dapur tu nak terbakar (kelakar ingatkan nasib baik belum terlambat belajar masak,kut dah kawin camni,haru je), Yelah nyala api untuk dapur pakai kertas suratkhabar ketika nyalakan gas dapur. Haha terkial-kial sungguh.

    Lepas tu saya  tidak menoleh lagi. Syukur sangat kerana dorongan mak (daripada segi wang ringgit) buatkan saya suka masak. Terima kasih mak. Mak saya tahu cara nak mendorong anak dia ini dengan cara bagi ganjaran bukan bebelan. Apapun saya masih belum 100% versatil. Saya masih tak reti memarut kelapa elektrik (yang biasa pakai tangan boleh la). Ikan jaket/cencaru,kulitnya saya tak dapat tarik buang bersih (keras dan susah tarik,tenaga tak kuat). Ini bagi kat adik perempuan saya, dia memang boleh buat. Saya boleh buat tapi lepas tu tangan luka jawabnya. Hehe. Manakala adik-adik lelaki saya pun mahir masak. 

    Alhamdulillah kerana kena campak belajar luar negara. Agaknya kerana terpaksa (adik saya cakap kalau dia teringin nak makan, dia kena buat). Ada adik saya buat nasi kerabu, nasi dagang, sushi, kaya kat sana. Cakap dalam hati "amboi canggih betul masak, akak dia ni pun tak pernah buat." Bila luahkan. adik saya cakap "teringin la, mana ada orang buat kat sini, kalau tak dah beli aje." Hehe, tu kadang-kadang saja  membuat adik-adik, saya terliur letak gambar makanan (terutama lauk-lauk masakan kampung) kat status ym atau FS. Haha jahat akak dia ni. Tapi kagum agaknya kerana merantau, adik-adik saya menjadi orang yang pandai masak. Itulah bila fikir banyak faktor boleh sebabkan kita pandai masak sesuatu juadah.

    Saya MINAT tengok rancangan masakan contoh CHEF AT HOME. Falsafah Michael Smith (tukang masak), "cooking without recipe ". Memang cara dia memang selari dengan cara saya juga. Saya tengok resipi lepas tu bila masak ubah ikut citarasa saya. Sama macam Michael Smith suka ubahsuai. Dia cakap (dia cakap dalam Bahasa Inggeris kan), penting kita tahu rasa setiap bahan. Nak padankan setiap bahan dengan rasa. Senang cakap asal sedap. Buat "compliment" (rasa berlawan), kalau satu bahan tu dah ada unsur masam janganlah padankan lagi dengan bahan lain yang masam juga. Cewah. Takpelah korang tengok jerla rancangan tu, korang faham la kan maksud saya. Banyak prinsip masakan dia beritahu yang saya praktikkan. Saya suka cara dia yang mudah dan santai.

    OK, macam mana dengan anda pula. Bagaimana anda tahu memasak. Adakah kerana minat atau desakan keadaan atau kena bebel dengan ibu bapa?