Nuffnang

Thursday, February 17, 2011

Ketawa dan Bergurau Senda Mengkut Syariat Islam




Assalamualaikum...

Bersua kembali pada petang Khamis yang bersinar indah. Alhamdulillah, kita dipanjangkan umur dan saya berkesempatan untuk menulis lagi. Amat menggembirakan bila salah seorang rakan sekolah memberitahu saya menyenangkan diri dia. Saya rasa dia lagi menyenangkan hati saya.

Apapun memang saya ingin menjadi seperti Suwaida'. Seorang yang selalu membuat Rasulullah S.A.W. dan Aisyah R.A. gembira.

Hinggakan di saat Suwaida' menghadapi sakaratul maut, Rasulullah mencarinya. Apabila Rasullah bertanya kepada Aisyah, Aisyah memberitahu dia sedang sakit dan baginda melawatnya.

Ketika Suwaida' meninggal dunia maka baginda menziarahinya dan menyembahyangkannya serta baginda mendoakan "Ya Allah, sesungguhnya dia suka membuat kami ketawa maka ketawakanlah dia nanti agar dia pula gembira."

Begitu besar impak dan peranan Suwaida' kepada Rasulullah S.A.W. hingga didoakan kerana menjadi penghibur dan membuat Rasulullah ketawa. Kita harus menggembirakan hati orang lain. Memang susahkan kalau kita tengah sedih tapi kena gembirakan orang. 
Sekurang-kurangnya kita tdak menunjukkan KESEDIHAN atau TIDAK mengeluarkan perkataan-perkataan yang boleh mengguris hati. Paling penting jangan menyakiti hati orang lain. 

Rasanya tiada masalah untuk kita membuat orang lain ketawa dan bergurau senda. Hukumnya harus bahkan mendapat pahala kalau diikut syariat. Caranya:
  • Bergurau hendaklah dalam keBENARan. Sabda Rasulullah S.A.W. "Sesungguhnya aku bersenda gurau dan aku tidak pernah menyatakan kecuali yang haq."
  • Ketawa tidak keterlaluan, tidak menjatuhkan maruah sendiri dan tidak berpura-pura.
Kebenaran itu indah dan salah satu perencah keindahan itu adalah kelucuan.

Semoga kita bergurau dan ketawa mengikut syariat Islam agar kita disenangi orang sekeliling kita dan menggembirakan mereka.Dapat kegembiraan dapat pahala.

Jumpa lagi.





No comments: