Nuffnang

Wednesday, March 9, 2011

Saya Ingin Bersendirian Seketika Ketika Ini



Assalamualaikum...

Beberapa hari ini saya rasa nak habiskan masa menonton filem yang telah lama dimuat turun tapi tidak berkesempatan untuk menontonnya selain menonton siri drama seperti House, The Good Wife, Desperate Houvewives dan lain-lain. Jadi tiada mood sangat nak berborak dengan kawan-kawan kerana tidak mahu menyinggung perasaan secara tidak sengaja kerana tidak menumpukan perhatian apa yang dorang cakap. Saya tahu kalau saya borak fikiran saya akan melayang kerana memikirkan kesedihan saya.

Saya tengah sedih tapi bukan sedih hal dunia ini. Masalah dunia bolehlah diatasi dengan sabar dan mengingati ini hanyalah ujian Allah untuk hapuskan dosa atau meningkatkan darjat. Jadi hal dunia tidak patut kita sedih kerana Allah ingin beri kita pahala. Macam kita dapat debit (atau kredit?) Tapi yang merugikan adalah kerana kesedihan berkaitan perkara akhirat. Macam dapat tambahan dosa :( Lagilah pelik mekanisme saya untuk melarikan diri dengan menulis blog dan membaca blog serta tengok muat turun siri. Cara yang tidak betul. Selain rutin yang sedia ada dengan menyibukkan diri dengan kerja-kerja. Senang cerita saya nak bersendirian tapi bukan bersendirian yang mutlak. Masih berborak dengan emak dan abah. Mahu lebih buat pencarian jiwa dan bermonolog sendirian.

Borang peraduan sudah dipos. Kali ini abah pos. Terima kasih. Saya letak borang-borang untuk dihantar atas meja dengan niat selepas Asar mahu berjalan kaki ke pejabat pos. Sambil-sambil boleh layan fikiran yang menerawang. Tengok-tengok bila turun nak ambil surat dah tiada. Cuak mula-mula. Rupa-rupanya abah dah pos dulu. Tak payah saya susah payah jalan kaki tengah panas untuk pos. Apapun saya masih perlu berjalan-jalan untuk melayan jiwa dan fikiran yang pelbagai silih berganti. Kalau korang nak tahu kerana melayan fikiran, sampai tidak sedar jauh juga saya berjalan. Bestnya tidak penat pun. Lagi satu saya suka berjalan sambil dengar walkman, menyanyi antara dengar atau tidak. Satu keseronokan, cara yang murah saya rasa. Korang pernah buat tak iaitu berjalan-jalan melayan rasa sambil mendengar walkman?  Jadi kira sebagai serampang 2 mata, membuat senaman secara tidak langsung.

Jadi harap-harap faham kalau saya kurang berkomunikasi. Tidak lama pun, bila perasaan sedih sudah diubati, insyaAllah kita berborak secara langsung.Maaf kalau ada soalan saya tidak jawab.
Jumpa lagi.


Tuesday, March 8, 2011

Tiada Elektrik Pada Pukul 2 Pagi



Assalamualaikum..

Haha mahu gelak saya rasa, tiada elektrik kul 2 pagi tadi! Haha yang lawak, saya tengah ampai baju adik kat tepi tingkap. Terkejut tiba-tiba gelap gelita. Muahaha gelak lagi. Entah apa-apa saya ni ampai baju kul 2 pagi. Entah orang pernah buat entah tidak. Nasib baik la waktu kul 2 pagi bukan kat dapur buat projek makan. Terkebil-kebil saya kat tingkap, nak pastikan memang tiada elektrik seluruh kawasan perumahan ke? Atau rumah saya je? Siap termenung pegang baju yang nak diletakkan pada penyangkut baju. Macam tak percaya sebab dah lama tidak black out. Gelap gelita mula-mula rasa.

Perlahan-lahan saya langkah ke arah katil Ada juga tersepak beberapa barang. Baring sambil cuba nak tidur. Masih ligat otak berfikir, adakah seluruh kawasan yang mengalami gangguan bekalan elektrik? Atau rumah saya? Berulang-ulang persoalan itu. Lepas tu pelik tengok kat luar bilik macam cerah. Korang faham tak, kalau tiada elektrik mesti gelap gelita tapi ada sedikit cahaya membuatkan diri tertanya-tanya. Pandang ke atas siling tinggi yang memang ada tingkap, memang dari situlah nampak cerah sedikit.

Turun bawah pula, memang gelap dan saya ke hadapan ruang tamu, menjenguk melalui pintu kaca. Memang tiada api pada sebarang rumah. Puas hati akhirnya kerana tahu tiada elektrik untuk seluruh kawasan.
Baring semula untuk tidur. TIDAK BOLEH. Jadi terpaksalah mata terbuka dengan rasa panas. Sebelum terlupa sebelum ampai baju, saya dah lengkapkan Peraduan Mudah Menang Harian Metro dan Peraduan Agro-Xplorasi. Kalau yang rajin beli Harian Metro hari Sabtu, boleh masuk peraduan ini. Korang kena tengok siri Agro-Xplorasi pada pukul 7:30 malam hari Sabtu di TV3 untuk menjawab soalan di dalam Harian Metro. Slogan "saya suka menonton Agro-Xplorasi kerana... (tidak melebihi 15 patah perkataan). Kuiz ni berlangsung selama 10 minggu tapi ini hadiah mingguan maknanya seminggu cuma 1 soalan iaitu dikeudarakan pada hari Sabtu dah boleh terus hantar, tak payah tunggu seminggu. Faham tak? Hehe. Minggu lepas adalah minggu ke-2. Jadi jangan risau kalau tak sempat kerana ada 8 minggu lagi.

Haha, macam-macam hal. Jangan ditanya mengapa saya menyidai baju awal-awal pagi. Ok jumpa lagi. Sesiapa ada kemusykilan pasal kuiz Agro-Xplorasi tu boleh tanya.

P.S: Nasib baik bukan waktu tengah makan, elektrik tiada dan lagi nasib baik bukan ketika menggunting dan menampal borang.

P.S.S: Pukul 3 pagi baru ada elektrik. Sejam juga bergelap