Nuffnang

Tuesday, October 16, 2012

E-Novel: Dunia Rumah Alena- Bahagian 8


 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...
Bahagian 8

***Alena telah berjaya tidak mengendahkan orang yang tidak sudi itu. Dia hanya menumpukan dan memikirkan keseronokan untuk ke Pesta Buku di PWTC. Dia telah menyenaraikan  buku-buku yang ingin dibeli. Ada tajuk-tajuk buku dia dapat daripada sumber internet. Ada juga tajuk buku dicadangkan oleh kenalan. Alena menyenaraikan lebih kurang 20 buah buku yang patut dibeli. Peruntukan lebih kurang RM400.

Alena ada mengajak Nurhuda ke PWTC bersama-sama. Malangnya Nurhuda sibuk dengan peperiksaan akhir dan menulis tesis. Maka Alena akan keseorangan untuk memburu buku-buku yang ingin dimiliki. Memang dia telah merancang dengan teliti waktu, tarikh dia akan bertolak. Malahan dia telah tetapkangerai mana yang akan dia singgah dahulu. Nombor gerai juga telah diambil daripada internet supaya dia tidak membuang masa tercari-cari gerai yang ingin dikunjunginya.

Keterujaan dan keseronokan Alena diceritakan kepada teman siber yang telah lama dikenalinya dan penyokong Chelsea, Arif. Arif seolah-olah kagum dengan Alena yang hantu buku malahan terkejut dengan jumlah buku dan peruntukan yang disediakan.
"Alena sudak lama tidak ke Pesta Buku."
"Oh begitu." Arif berpuas hati dengan jawapan Alena.
Mereka berborak di yahoo messager.

Hari yang ditunggu-tunggu Alena telah tiba. Dia mengambil bas pertama ke Kuala Lumpur iaitu pukul 8 pagi. Tiba di Pudu lebih kurang pukul 10 lebih dan dia berjanji untuk bertemu seorang lagi rakan borak yang selalu juga dia jumpa di Kenny Roger. Mereka bertukar-tukar cerita sebelum Alena menaiki STAR untuk ke PWTC.

SAMBUNG...

E-Novel: Dunia Rumah Alena- Bahagian 7


 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...
Bahagian 7

***Malam Jumaat yang hening tetiba Alena terdengar bunyi mesej masuk ke telefon bimbitnya. Alena baru sahaja solat Isyak. Dia terus sahaja mengambil telefon bimbit yang terletak di atas katilnya. Terpana melihat nama pengirim dan terbaca sedikit mesej dan dia serta-merta buang tanpa membaca keseluruhan mesej tersebut. Mungkin Alena sudah lupa cara membuang atau mungkin sebab kena buka dahulu mesej tersebut sebelum memadamkannya. Tidak keruan dirinya dan dia memarahi dirinya. Tidak perlulah dia dia membalas mesej kepada orang yang tidak sudi itu. Dia tidak mahu menambah luka di jiwa. Dia selalu menyalahkan diri dan berharap kalau dia dapat mengubah keadaan. "Tidak ada kalau-kalau!" Alena memarahi dirinya. Semua ini ketentuan Allah. Dia tidak dapat mengubah apa yang Allah berikan. Jangan berasa kesal.

Alena berisighfar dan mengucapkan istirja berulang-ulang kali. Dia mengharapkan Allah menghilangkan kecelaruan yang menimpa fikiran dan perasaan. Moga akan kelihatan sinar di sebalik di sebalik perpisahan yang perit ini.

Rupanya gerak hati Alena tepat yang dia akan dihubungi lagi oleh orang yang tidak sudi itu. Dia telah serahkan hal orang itu pada Allah dan dia terus tidak mengendahkannya.
"Aku dan dia sudah tidak ada apa-apa lagi. Aku bertawakal dan berserah kepadaMu," Alena mengucapkan ayat itu setiap kali dia teringat atau menerima mesej atau panggilan daripada orang itu.

SAMBUNG...