بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...
Terpilih sebagai Top Komentar Julai 2026 di blog Cikgu Etuza.
Jadi Cikgu whatsapps minta no akaun pada malam Selasa 4 Ogos. Saya balas keesokan pagi dan terima wang tunai RM50 petangnya. Terima kasih Cikgu Etuza, semoga murah rezeki dan dirahmati Allah. Masa ini saya beritahu pada cikgu blognya kena 'buang'. Alhamdulillah blog Cikgu Etuza dapat semula.
Tarikh yang sama 4 Ogos, saya cuba menangkap nombor 2 000 000 di blog ini.
Terlebih 3. Tangkap layar pukul 2:44 petang. Laju nombornya berjalan. Cepat-cepat hantar tangkap layar ke emel yang diberikan.
Rezeki menang. Maka hari Jumaat petang selamat terima hadiah.
Saya sudah cuba pakai baju sejuk ini. Besar sedikit tapi sesuailah apabila pergi ke tempat sejuk akan selapis pakaian sebelum baju sejuk.
Terima kasih Nieza sebab anjurkan pertandingan ini.
P.S: Nasib baik hari saya tangkap nombor itu tidak kena hari peristiwa blog orang lain kena buang sebab hari yang sama, setiap blog saya lawat kena masuk 'capta words' itu.





15 comments:
Alhamdulillah...Tahniah Kak Wina. Rezeki dapat jadi top commentator dan tangkap layar jumlah PV tu.
Wah…murah rezeki Na 👏🏽
Tahniah!
Congrats NA.
Comel plak baju sejuk tu ada kucing.
Alhamdulillah tahniah NA, rezeki selalu jadi pemenang teka² hehe
Alhamdulillah rezeki berganda...
Alhamdulillah.. tahniah..
Tahniah Sis jadi Top Komentar Julai! murah rezeki Cikgu Etuza bagi reward. Nasib baik blog Cikgu pun dah selamat kembali kan. Btw, baju sejuk longgar sikit memang ideal nak layering pakaian bila travel tempat sejuk. Btw, destinasi cuaca sejuk mana yang Sis NA plan nak pergi nanti?
tahniah kak NA.. bab2 tangkap PV ni, memang akak selalu tepat la.. terbaik la
Wahhh tahniah NA power betul bab screenshot ni.
Tahniah NA! Banyak jugak rezeki dapat hasil blogwalking ni 😄
kalau dah rezeki ye..
Tahniah dik 🧡🧡🧡
alhamdulillah...tahniah
Waaaah baguuuus baju nya kak 😍😍😍😍. Comel sangat sulaman kucing tuh yaaa 😄
Tahniah sis. Baju sejuk besar ok sangat pakai baggy style. Onz.
Post a Comment