بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...
Akhirnya saya terjebak dengan Shopee! Tergoda juga akhirnya untuk buat pembelian dengan pelantar ini.
Alkisahnya digoda perlahan-lahan. Tanggal 17 Ogos 2026 pukul 9:27 malam saya telah daftar keluar pembelian pertama iaitu tudung bawal kapas bercorak bidang 45' warna hijau lembut. Buat bayaran secara COD.
Saya guna laman sesawang Shopee. Jadi apabila buka balik saya tidak dapat tengok status barang. Bagi saya kelemahan sebab kena muat turun aplikasi Shopee untuk tengok status. Patut untuk galak orang beli macam saya kena mudah akses melalui mana-mana sama ada laman sawang atau aplikasi. Saya tunggulah sama ada dapat barang atau tidak. Tidak merugikan saya. Saya menunggu dalam teka-teki.
Akhirnya hari ini pukul 1 lebih saya dapat whatsapps daripada van Shopee. Huhu saya bayar RM11. Tidak kisahlah pembelian pertama yang berjaya. Jakun sekejap.
Alhamdulillah barang diterima dengan selamat dalam beg zip tertutup. Hehe saya beli sehelaipun diberi layanan yang bagus. Tahniah kedai Miss Blue. Harga murah, banyak potongan dan cepat. Insya Allah mungkin saya beli lagi di kedai ini.
Kalau saya disuruh beri kadar pengalaman guna Shopee, saya beri 4 daripada 5 bintang. Shopee sila ambil komen saya.
Ok jumpa lagi.
P.S: Hari ini sinki tersumbat.




15 comments:
Tahniah akhirnya terjebak. Lawo tudung NA. Nanti pakai jangan lupa ambil gambar, kami semua nak nengoknya.
pelik juga tk bole tgk status penghantaran tu...tp alhamdulillah slamat smp tudung nya
Guna lah istilah 'self reward'... hehehe
Saya jarang pakai shopee. Sesekali saja kalau barang yg dicari tak ada di Tokopedia, market place Indonesia punya. 2 platform ini saja yg saya pakai, walaupun paling sering tetap Tokopedia.
Terjebak juga akhirnya hehe... Cantik tudung tu
Rasa macam pernah beli juga tudung bawal ni.. dah try sekali, esok-esok banyak p-arcel sampai tu hehehehe
Jaga2. Lepas ni akan kena racun lagi 🤪
Wah cantik tudungya tu kak, jangan lupa kumpul coin kak...
4/5 bintang tu dah kira adil sangat! Shopee memang best shopping, tapi tang customer service & shipping rate tu kadang ada ruang untuk improve.
Btw, pasal sinki tersumbat tu, dah cuba letak baking soda dengan cuka tak? Mana tahu menjadi, jimat sikit!
Eh, baru tau boleh beli di website. Saya cuma tau app Shopee je.
Barang online saya banyak beli di Shopee, termasuklah belikan keperluan Mak di kampung.
Cantik tudung Na, harganya pun tak mahal. Harus membeli lagi tu 😀
Cie pengguna tegar Shopee. Memang banyak la dah melebur kat Shopee. Senang je guna apps. Cuma bahaya la akan mudah terjebak.
Baru saya tahu boleh guna website. Biasa beli guna apps je. Cantik corak tudung Kak Wina beli tu. Alhamdulillah sampai dengan selamat. Cepat juga tu sampai. Lepas ni bolehlah membeli lagi, cuba guna apps pula kak, lagi senang dan kadang ada voucher juga.
Lawa tudung baru NA. Saya tak pernah guna COD. Biasa bayar online banking, boleh tengok status barang ada di mana. Tapi guna app, bukan website. Boleh beli lagi ni, sebab murah. Pandai NA cari tudung. 👍
tahniah dah terjebak dgn shopee! lepasni mesti lagi ketagih nak beli lagi dan lagi :p
setuju dgn komen kak tot, bayar online banking nnti boleh tgok status barang kat mana. lagi mudah
Cantikk kalernya
Selalu jga terjebak tp penah jga beberapa brg yg dibeli tak memuaskan hati tak seperti yg diharapkan
Post a Comment