Nuffnang

Saturday, August 29, 2026

Coretan Minggu Maulidur Rasul

 بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum...

Hari ini seorang di rumah. Tidak rancangpun ingat hendak ikut balik kampung tapi Abah kata minggu tidak balik kampung. Kemudian malam tadi kata balik pula. Hmm...tidak ikut jawabnya sebab tidak suka buat keputusan saat akhir lagipun saya sudah pesan barang.

Minggu ini tidak masak. Emak pula yang hendak masak. Hehe agaknya masakan saya kurang memuaskan hati. Saya cuma masak nasi dan kemas dapur itu memang kerja saya. Rabu malam ada sambutan Maulidur Rasul. Ada bacaan selawat dan ceramah. Terima bekal nasi putih, sambal belacan, sayur campur dan kari ayam. Makan nasi pukul 9 malam lebih di rumah. Kira buka puasa berat sebab di surau cuma makan kurma dan air putih.

Makan Selepas Solat Isyak. Saya Yang Berdiri Baju Kurung Warna Biru Seluar Merah Jambu😅



Hari Khamis malam Jumaat bacaan Yasin sendiri dan dapat 2 bungkus nasi lemak. Alhamdulillah buka dengan nasi lemak dengan telur mata kerbau.

Lusa ada kenduri aqiqah dan doa selamat. Tidak pasti akan ikut. Kalau Abah dan Emak balik Melaka dari kampung hari Ahad maka saya ikut pergi kenduri. Insya Allah.

Itulah luahan minggu ini. Jumpa lagi.

 

6 comments:

Puan Hazel said...

Rezeki berbuka berturut-turut alhamdulillah. Pergi jangan tak pergi, makan kenduri best 👍🏻

Tot said...

Ada je rezeki untuk NA. Alhamdulillah...Seronok dapat habiskan hujung minggu sendiri di rumah. Me time, dan boleh buat apa kita suka.

Tot said...

Tadi saya baca entri ini di laptop, tiada gambar. Bila baca di handphone, baru ada. Tak aci, tak nampak muka NA. 😁

NA said...

Baru letak gambar itu. Hehe gambar itu orang yang ambil gambar ambil separuh je 😊

Sis Lin said...

Seronok dapat join majlis Maulid.. rindu nak makan dulang ramai-ramai...

Cik Nur said...

Seronok majlis majlis begini
Tak lepas peluang kalu ada
Meraikan Nabi junjungan Mulia kita seluruh umat islam