بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...
Begitulah kalau sudah tertulis rezeki milik saya.
Saya dapat tangkap layar nombor 2,000,007 pada pemilik blog Roziah Muhammad Nor pada 24 Februari 2025 pukul 8:28. Ada seorang lagi yang dapat dengan tepat iaitu CCL
Alhamdulillah hadiah selamat sampai dalam pagar rumah pukul 2 petang lebih hari ini.
Buka berhati-hati.
Tengok ada tulisan Vesso. Dalam kotak ada kotak lain. Bagus ada 2 lapisan.
Tadaa. Tumbler hitam dengan penutup oren. Edisi VESSO Abstract Motion Tumbler 1000 ml. Bertambah koleksi saya dengan tumbler dengan kapasiti air yang berbeza dan jenis penutup.
Terima kasih Cie--> www.roziahmuhammadnur.com kerana anjurkan pertandingan menangkap skrin layar 2 juta. Korang boleh terjah baca blog kehidupan seharian Cie sekeluarga. Korang bolehlah rajin-rajin komen sebab Cie akan memilih blogger yang paling banyak komen setiap bulan.
Ini tangkapan nombor yang pertama untuk 2026. Siapa selepas ini?






1 comment:
Tahniah... Comel tumbler:)
Post a Comment